Kelab Golf Desa Dungun terletak ditepi pantai dan berhampiran UITM Kampus Dungun. Kelab ini dimiliki oleh Pejabat Daerah Dungun dan Presiden Kelab secara automatik disandang oleh Pegawai Daerah Dungun. Mengikut sejarah kelab ini dibuka pada sekitar 1960 an oleh pegawai Inggeris yang membuka bijih besi.
Kelab ini mempunyai padang golf 18 lubang yang dibahagi kepada dua bahagian. Pada lubang 9 pertama, pemain golf akan diuji dengan kolam dan fairway yang sempit. Di Lubang 9 kedua pula, pemain golf akan menghadapi halangan pokok yang berada di kiri kanan fairway.
Di Lubang 9 pertama (first nine) lubang ke dua, par 5 mempunyai index 1 yang dianggap lubang paling sukar kerana terpaksa menyeberangi kolam yang besar. Di lubang 9 kedua (second nine) lubang ke 13 mempunyai index 2 kerana kesukaran untuk melepas pokok-pokok yang banyak terdapat sini. Kebiasaan bola yang terkena pokok akan melantun ke luar kawasan (OB) dan pemain itu akan dikenakan penalti.
Lubang yang mempunyai index tinggi, jika anda mendapat bogey, anda dikatakan setaraf macam mendapat par. Apalagi jika anda mempunyai handicap 24. Kenyang perut. Untuk merasai padang yang pernah dimain oleh orang Inggeris dan direka oleh Mike Kelly datanglah ke Kelab Golf Desa Dungun.
INFO
Kepunyaan
Pejabat Daerah Dungun
Alamat
Kepunyaan
Pejabat Daerah Dungun
Alamat
Kelab Golf Desa Dungun
Kampung Sura Hujong
P.O. Box 679
23000 Dungun
Terengganu
Tel: 09 8441 041
Fax: 09 8441 041
Kampung Sura Hujong
P.O. Box 679
23000 Dungun
Terengganu
Tel: 09 8441 041
Fax: 09 8441 041
Lokasi
Sura Hujung, Dungun, Terengganu
Green Fee
Ahli
RM50 seorang untuk 18 lubang dan buggy
RM25 seorang untuk 9 lubang dan buggy
Bukan Ahli
RM82.50 seorang untuk 18 lubang dan buggy
RM41.25 seorang untuk 9 lubang dan buggy
Jarak
80 km dari Kuala Terengganu
10 km dari Dungun
Pengangkutan
Teksi
Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744
Penginapan
UITM Hotel
UITM,
210 Sura Hujung,
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481700
Faks: 09-8481703
Ulek Beach Resort
Jalan Pantai, Sura Hujung,
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481100
Faks: 09-8482200
MayangSari Resort Dungun
Jalan Pantai, Kampung Sura Tengah
23000 Dungun, Terengganu
Tel : 09 845 7885
Faks : 09 845 2885
Email: salesdungun@mayangsari.com.my
Keistimewaan
Rumput yang cantik, fairway yang sempit, kolam dan pokok yang banyak menjadi cabaran kepada pemain golf. Terletak tepi pantai.
Lain-lain info - sila klik
Hotel
Agensi Pelancongan
Teksi
Bas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan