Isnin, 2 Ogos 2010

Pokok Duku Tertua Di Terengganu

Lansium Domesticum atau lebih dikenali buah duku adalah sejenis spesies yang sama dengan dokong, duku langsat dan dokong. Duku biasanya berbuah di tangkai dahan pokok. Buah ini rasanya manis dan lazat. Musim berbuah dari bulan Julai hingga Oktober.
Anda pernah tengok buah duku?. Sudah tentu biasa tengok malah pernah makan pun. Tetapi pokoknya pernah tengok?. Yang kita hendak tengok ialah pokok duku yang paling tua sekali di Terengganu. Pokok duku yang berusia 250 tahun.
Sudah berusia tua namun pokok ini mampu berbuah lagi. Hebatkan. Biasa pokok duku bersaiz kecil dan rendang tetapi pokok duku tertua ini bersaiz batang balak dan tinggi (dianggar tinggi 20 kaki). pokok ini terletak di Bukit Cerana, Serada, Marang.
Bagaimana duku mendapat nama. Diriwayatkan seorang rakyat telah menjumpai sejenis buah yang manis dan lazat pada 300 tahun yang lalu. Duku ini dipersembahkan kepada Sultan dan Sultan bertanya apa nama buah ini. Rakyat tersebut dengan tergagap-gagap menyebut du..du..du... dan ku di akhir ayat. Ku merujuk kepada nama Tuanku. Sejak itu Sultan menamakan buah tersebut sebagai buah duku dan kekal sehingga sekarang.

INFO

Lokasi:
Bukit Cerana melalui Kampung Serada ke Banggol Kantong ( Jalan ke Kubang Bujuk).

Jarak :
15 km dari Bandaraya

Pengangkutan : Teksi dan kenderaan sendiri

Diurus :
Jabatan Pertanian Negeri Terengganu. 09 -622 2444

Harga duku :
Rm1-RM3 kg

Kawasan ini dan sekitar seperti Serada, Beladau, Kepong adalah tempat pengeluaran buah duku.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sebagai org ganu saya cukup bangga blog awak blh memaparkan tempat yg menarik yg saya sendiri xtahu ada pokok duku tertua di.trg.. lepas ni bolehlah saya bawa kawan2 melawat tempat ni. tq krn mmbantu saya.

Tanpa Nama berkata...

byk info yg saye perolehi.