Ahad, 8 Ogos 2010

Batu Yang Menakjub

Pantai Batu Pelanduk terletak sebelahan pantai Rantau Abang. Di pantai ini terdapat batu yang pelik dan menyerupai seekor haiwan. Batu ini terletak di tepi pantai. Batu yang setinggi 20 kaki mempunyai lapisan-lapisan dari bawah hingga atas.
Di hadapan batu ini terdapat bukit yang bersaiz kecil dan rendah sahaja. Di bahagian belakang bukit ini terdapat akar pokok yang menjalar kebawah tepi bukit . Cabangan akar menambah kecantikan bukit ini. Anda boleh memanjat bukit ini melalui akar kayu.
Pasir pantai cukup cantik dengan warna keemasan yang terdampar di kaki pantai. Suasana pantai begitu menawan dengan tiupan angin laut yang dingin. Carilah tempat yang redup seperti di bawah pokok rhu atau pokok kelapa.
Ombak yang memutih menambah seri pantai Batu Pelanduk dan rumah-rumah pekampungan nelayan sayup mata memandang.

Jarak :
65 km dari Kuala Terengganu
10 km dari Dungun

Musim Bertelur:
April-Ogos

Jenis Penyu
Agar, lipas, karah
Belimbing spesis penyu yang terbesar.

Pengangkutan
Teksi dan bas. Boleh dinaiki di Dungun atau Kuala Terengganu

Penginapan
Awang Beach Resort
Kg Rantau Abang,
23050 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8443500
Faks: 09-8454500

D’ Pengkalan 3 Alam
Lot 634, Zon Pelancongan Rantau Abang,
23050 Dungun, Terengganu
Tel: 013-4366576, 013-3597047

D’ Teratai Beach Resort
Rantau Abang,
23050 Dungun, Terengganu
Tel: 019-9433645, 017-9878454

Dahima’s Guest House
166, Rantau Abang,
23050 Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8452843
Faks: 09-8453843

Merantau Inn
KM. 23 Jalan Dungun,
Kg. Kuala Abang,
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8441131
Faks: 09-8452131

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

3 ulasan:

UMAIRAH berkata...

sungguh hebat di Rantau Abang.... macam-macam ada... batu yg terdampar di pantai berbentuk penyu,, menumen yg direka menjadi penyu... sungguh hebat... satu hari tak cukup jika bersiar2 di Rantau Abang........

wamora wasa berkata...

Rantau abang mmg tempat yg menarik, kena duduk 2 hari baru puas hati

Tanpa Nama berkata...

blog orang lain banyak mencerita ttg pantai tetapi awak mencerita batu yang meyerupai haiwan dan akar kayu yg unik. mmg bijak awak mencari angle cerita menarik blh mybb orang behajat nok pergi. tq