Selasa, 6 Julai 2010

Ramai Orang Tak Tahu

Seorang kawan saya yang selalu mengikut blog saya bertanya kamera apa yang saya gunakan. Saya menunjuk kamera yang saya guna mengambil gambar di seluruh Terengganu untuk diletak dalam blog saya. Dia terkejut kerana saya hanya menggunakan kamera yang biasa saja berjenama Sony Cyber Shot 7.2 mega pixels tetapi boleh menghasil gambar yang cantik. Saya hanya tersenyum. Bila tidak cukup memori, saya guna kamera telefon.
Saya kata " tu untung jika kita pergi sendiri ambil gambar kerana kita dapat memilih sudut yang menarik dan bersesuaian dengan cerita yang kita tuliskan." Apabila kita duduk sesuatu lokasi, kita boleh shoot bermacam perkara. Sebagai contoh kita berada di Taman Syahbandar bermacam cerita kita boleh rakam seperti Dataran Syahbandar, pasar malam, Tandas eksekutif, wakaf, bot nelayan, sungai, muka kuala, Padang Maziah, Istana, Bukit Puteri dan sebagainya.

Respon dari rakan facebook tentang blog saya : http://www.facebook.com/photo.php?pid=549433&id=1669429885&comments

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah..walaupun kamera murah tapi kesungguhan & kreativiti tu penting yg menghasil blog yg cukup menarik..well done..