Daerah Besut memang terkenal dengan pengukir kayu tersohor seperti Tokoh Kraf Negara 1999 iaitu Tengku Ibrahim Tengku Wook, Wan Ariffin Wan Su Tokoh Seni Negara 1997, Wan Mustaffa Wan Su, Tokoh Seni Terengganu & Adiguru Kraf dan sebagainya. Bagi mengiktiraf
pengukir-pengukir tersebut, kerajaan telah mewujudkan Desa Ukiran Kayu untuk melatih pengukir-pengukir muda. Mereka ini akan diberikan tunjuk ajar untuk mengukir dan menghasilkan ukiran yang berkualiti.
Istana Tengku Long yang terkenal senibina ukiran tradisional yang mengagumkan dijadikan tempat berlatih membuat ukiran kayu warisan Terengganu selama setahun.
1 ulasan:
saya pulangkan apa sahaja yg saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya, isteri saya dan anak anak saya. saya sekeluarga ambil yg Haq semata-mata tiada yg lain dulu kini dan selamanya.
Catat Ulasan