Khamis, 9 September 2010

Taman Rekreasi & Zoo Mini Kemaman

Taman Rekreasi & Mini Zoo terletak di Bukit Takar, Kemaman merupakan produk baru pelancongan di Terengganu. Zoo yang seluas 15 hektar ini mengandungi 200 jenis haiwan yang boleh kita tonton secara dekat.
Selain mengandungi binatang, zoo ini juga mempunyai pondok-pondok yang cantik dengan rekabentuk berciri rimba. Pondok ini tempat pelancong berehat sekejab setelah penat berjalan melihat haiwan yang terdapat dalam sangkar ini.
Surau dan gerai makan di sediakan untuk kemudahan pelancong supaya lawatan lebih selesa dan tidak terganggu. Mereka akan dibawa dengan tram ke tempat-tempat yang menarik di sekitar zoo ini.
Apabila berada di zoo ini, anda akan dapat melihat spesis burung, harimau, beruang, ikan naga dan sebagainya. Selepas ini kita akan melihat apa yang terdapat dalam zoo mini ini.


INFO

Pemilik
Majlis Perbandaran Kemaman
09 859 7777/7700

Lokasi
Melalui Jalan Air Putih menuju ke Kampung Ibok. .

Jarak
170 km dari Kuala Terengganu
10 km dari Chukai

Bayaran Masuk
Dewasa - RM10.00 seorang
Kanak 12 tahun ke bawah - RM 7.00 seorang
Pelajar Sekolah Beruniform - RM 5.00 seorang

Waktu Operasi
10.00 pagi - 5.00 petang

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, dan kenderaan sendiri

Perkhidmatan Bas - Dua laluan
1. Awana Kijal melalui pekan Kijal, Kampung Payoh dan Ibok ke zoo

2. Stesyen bas Chukai melalui Centre Point (KCP) ke Telekom dan terus ke zoo.

Bas berkenaan bertolak dua kali sehari iaitu pada pukul 12 tengah hari dan 4 petang.

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Zoo ini berhampiran dengan tempat melihat kunang-kunang di kampung Yak Yah.

1 ulasan:

  1. Terima kasih atas info yang berguna memang menarik...cuma satu cadangan lokasi tempat yg dituju tu jikalau ade lat dengan long boleh la terus setkan dlm gps..sebab sekarang dah ramai yang mampu memiliki peralatan gps tersebut.Apa- apapun info yang sangat berguna..

    BalasPadam