Jumaat, 10 September 2010

Melihat Burung Tidak Boleh Terbang

Zoo Kemaman memiliki 200 jenis ekor haiwan dan termasuk spesis burung. Bermacam-macam jenis burung yang kita dapat lihat dalam sangkar dan dalam kandang. Burung yang terdapat di sini cukup cantik dengan bulu yang beranika corak dan warna.
Burung-burung yang boleh terbang akan diletak dalam sangkar dengan tempat makan dan tempat burung itu bermain. Manakala burung yang tidak boleh terbang akan diletak dalam kandang.
Di antara jenis spesis burung yang tidak boleh terbang ialah burung emu, burung kasawari, burung unta, burung ostrich, burung rhea dan burung kiwi. Suasana kandang cukup menarik terletak di bawah pokok rendang.
Jika ingin melihat burung-burung ini lebih dekat lagi, datang ke zoo ini bersama kawan-kawan dan keluarga anda.

INFO

Pemilik
Majlis Perbandaran Kemaman
09 859 7777/7700

Lokasi
Melalui Jalan Mak Chili-Ibok dan jalan Kerteh-Ibok. .

Jarak
170 km dari Kuala Terengganu
10 km dari Chukai

Bayaran Masuk
Dewasa - RM10.00 seorang
Kanak 12 tahun ke bawah - RM 7.00 seorang
Pelajar Sekolah Beruniform - RM 5.00 seorang

Waktu Operasi
10.00 pagi - 5.00 petang

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, dan kenderaan sendiri

Perkhidmatan Bas - Dua laluan
1. Awana Kijal melalui pekan Kijal, Kampung Payoh dan Ibok ke zoo

2. Stesyen bas Chukai melalui Centre Point (KCP) ke Telekom dan terus ke zoo.

Bas berkenaan bertolak dua kali sehari iaitu pada pukul 12 tengah hari dan 4 petang.

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Zoo ini berhampiran dengan tempat melihat kunang-kunang di kampung Yak Yah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan