Jumaat, 16 Julai 2010

Gerai Makanan Ringan Di Pantai Kelulut

Medan Selera Taman Esplanade terletak di Pantai Peranginan Kelulut, Marang iaitu 30 km dari bandaraya Kuala Terengganu. Di sini mempunyai 50 buah gerai makan dengan pelbagai masakan. Ikan bakar di sini cukup masyhur kerana ikan yang segar yang diperoleh terus dari nelayan tempatan.
Di sebelah medan selera terdapat deretan gerai yang menjual makanan ringan dan kerepok. Di sini pun ada menjual kerepok lekor berjenama Losong. Pelbagai jenis kerepok ada dijual di sini seperti kerepok keping, kerepok segera, kerepok goreng dan lain-lain lagi.
Air kelapa juga ada dijual di sini. Sambil makan kerepok goreng atau kerepok rebus anda boleh memesan air kelapa yang segar.
Satar ikan pun ada dijual di sini. Boleh beli panas-panas lagi. Harganya RM2.00 untuk enam biji. Satar di sini cukup enak kerana dibuat dengan ikan yang segar.
Menjamu selera di medan ini cukup selesa dengan pemandangan mengadap ke laut. Medan ini dibuka pada 3 petang dan ditutup lewat malam.

Jangan lupa memesan ikan bakar di sini ya!
Terbitkan Catatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan