Sabtu, 17 Julai 2010

Angullia oh Angullia

Angullia satu jenama yang hebat kerana begitu dikenali di kalangan pelancong. Angullia Beach House Resort adalah sebuah tempat penginapan yang popular di Rhu Muda, Marang. Terletak di pantai dan mengadap ke arah laut menjadi daya tarikan utama untuk menginap disini.
Jarak perjalanan dari bandaraya ialah sejauh 30 km. Angulia memang digemari oleh pelajar sekolah kerana kem motivasi selalu diadakan disini. Kemudahan asrama yang lengkap dengan pakej yang berpatutan menyebabkan resort menjadi pilihan pihak sekolah.
Angullia mempunyai 50 buah bilik termasuk asrama dengan kelengkapan alat hawa dingin. Harga bilik untuk satu malam dari RM60-RM250. Harga bergantung size dan keadaan bilik. Kemudahan yang disediakan ialah dewan, tempat makan, aktiviti pantai, surau dan sebagainya.
Keindahan pasir di Angullia memang tidak boleh dinafikan kerana kehalusan dan keputihan pantai. Dari sini kita dapat melihat Pulau Kapas yang tersergam indah. Di waktu malam kita dapat melihat lampu-lampu yang menyala di tengah laut seperti deretan rumah. Lampu yang menyala itu dari datang dari deretan bot-bot nelayan yang sedang bercandat sotong.
Angullia menyediakan meja di tepi pantai untuk kita berehat dan berjamu selera. Sambil menekmati tiupan angin , kita boleh bermain bolasepak pantai atau bola tampar pantai.

Kepada yang ingin menginap disini, boleh hubungi 09 6181322 & www.angulliaresort.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan