Rabu, 28 April 2010

Pasir Pantai Yang Memutih

Pantai Rhu Sepuluh di Penarik adalah salah satu pantai yang memiliki pasir yang halus & putih. Di sepanjang pantai ini terdapat deretan pokok rhu yang tinggi lampai. Apabila ditiup angin, pokok rhu ini akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Bunyi yang beralun ini mengikut kekuatan angin yang datang arah pantai.

Di tepi pantai ini terdapat gerai yang menjual ICT (ikan celup Tepung) yang amat digemari oleh pengunjung. Gerai yang dimiliki oleh Pak Mat ini, menjual ikan kembung, selayang, sotong, ketam & udang yang dicelup tepung. Ikan dijual dengan harga RM1.50-RM2.50 satu ekor, sotong, udang & ketam dijual RM5.00 satu pinggan. Manakala minuman popular disini ialah air kelapa dengan harga RM1.00 segelas.
Di pantai ini disediakan taman permainan untuk kanak-kanak seperti gel0ngsor, buai dan sebagainya. Di bawah pokok diletak meja untuk pengunjung menjamu selera & berehat.
Kelihatan bot-bot nelayan berbaris panjang yang menghiasi gigi pantai & cantik untuk bergambar dengannya. Pasir pantai yang halus lagi putih memukau kita semua dengan keindahan yang semulajadi.

Kepada yang pernah melalui jalan penarik ini akan singgah untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

1 ulasan:

  1. sy prnh sggh d gerai pak mat...mmg best mkn kt ctu dgn angin sepoi2 bhasa yg dtg myapa tp syngnya pmilik gerai tdk mjaga kualiti mknan yg d jual sb mggunakan minyak yg sama brulangkli tuk mgoreng...trasa bila d mkn...

    BalasPadam