Khamis, 29 April 2010

Di Antara Yang Menarik Di Penarik

Mungkin ini adalah mercu tanda untuk pekan Penarik. Sebuah menara kembar Petronas dibina dengan ketinggian 20 kaki tersergam indah. Menara ini dihiasai dengan lambang Barisan Nasional & lambang UMNO. Di kemuncak menara diletak bendera Malaysia. Menara ini dibina oleh UMNO cawangan Rhu Sepuluh.


Kak Yah sedang menjual buah tembikai atau orang Terengganu panggil timun cina. Harganya murah 0.80 sen satu kilogram. Gerainya terletak ditepi jalan besar ke Penarik. Sepanjang jalan ini terdapat banyak gerai di kiri kanan jalan. Jika kita terlepas satu gerai, di hadapan ada lagi. Tembikai ini boleh menghilangkan dahaga. Behentilah untuk membelinya.
Di simpang masuk Merang ke Penarik terdapat sebuah rumah tradisional Melayu Terengganu yang unik. Rumah bertiang banyak ini telah menarik pandangan orang ramai yang melalui jalan ini ke Besut. Saya cuba untuk berjumpa dengan tuan rumah tapi sayang tiada orang dirumah ketika itu.

7 ulasan:

  1. memang hebat design mercu menara petronas n rumah tradisional tu..... sejuk mata memandang.... di terengganu memang banyak rumah2 tradisional dengan reka bentuk yang tidak meninggalkan ciri-ciri tradisonal.....

    nanti bolehlah awak buat bolg untuk rumah2 tradisional kat terengganu pulak.....

    semoga berjaya....

    BalasPadam
  2. di depan rumah tradisional tu, terdapat kedai makan n salah satu drpdnya kedai mak saya (yg tengah)...jemput singgah yerp....makanan femes kat sini ikan bakar n ayam percik...hehehe....

    BalasPadam
  3. Murohnye tembikai ...kat KL berharga RM1.50 se kilo

    BalasPadam
  4. amni san - tghari tadi sy makan disebelah kedai nasi ayam..

    BalasPadam
  5. oic...kedai kak zura...lain kali singgah la yer...hehehe

    BalasPadam
  6. Amni San cuba tengok gerai makan depan masjid penarik. kedai awak ke..

    BalasPadam
  7. bukan...tu dah depan sangat dah...kedai mak saya kat simpang pantai Merang...depan umah tradisioanl kat ats ni n depan Shell Merang....

    BalasPadam