Ahad, 19 September 2010

Tidak Terkata Dengan Keindahan Gugusan Pulau Perhentian

Pulau Tokong Burung  adalah kawasan berdekatan  dengan Pulau Rawa, Pulau Susu Dara dan mengambil masa 5 minit hingga 10 minit untuk sampai kedua-dua pulau itu. . Kawasan ini  adalah syurga  untuk aktiviti  snorkeling dan skuba.  Kebiasaannya pengusaha resort di Pulau Perhentian akan membawa anda ke sini, sekiranya anda membeli pakej yang ada snorkeling dan skuba.
Untuk sampai ke pulau ini, anda memerlukan 40 minit perjalanan dengan bot dari Pulau Perhentian. Apabila sampai di sini, anda  terpegun dengan keindahan pantai  yang  terdapat pulau ini dan burung-burung  cantik yang sedang berterbangan.  Batu batan yang terdapat  di sini memang cantik dan anda boleh mengutip batu-batu kecil yang pelbagai bentuk untuk dijadikan hiasan.
Di Tanjung Basi tidak mempunyai pantai yang luas kerana di penuhi batu-batu yang menganjur ke laut. Batu batan ini adalah tempat ikan bermain. Ikan-ikan ini di sini memang cantik dan berwarna warni. Anda tentu geram untuk menangkap ikan dengan tangan anda. Anda boleh melihat coral yang berbagai rupa. Ada yang berbentuk keras, ada yang berbentuk pokok dan ada yang berwarna kuning. 
Dari Perhentian Kecil anda boleh menaiki teksi air dengan bayaran RM10 untuk ke Teluk Pauh. Teluk Pauh ada tempat tumpuan pelancong kerana berdekatan dengan pulau besar. Di sini anda dapat melihat penyu hijau (Chelonia mydas) berenang dan bertelur. Anda jangan terkejut jika anda melihat penyu  merebut makanan yang anda tabur dalam air.
Gambar-gambar ini diambil daripada :
http://www.malaysia-islands.com/html/perhentian/snorkel/tokong-burung.shtml

INFO UNTUK KE PULAU INI

Lokasi
Pulau Tokong Burung terletak berdekatan dengan Pulau Rawa, Pulau Susu Dara   di  utara Pulau Pehentian Kecil (sebelah kiri)  dipengairan Lautan China Selatan. Tempat menaiki bot ialah di Kuala Besut

Manakala Tanjung Basi dan Teluk Pauh berhampiran Pulau Perhentian Besar.

Keluasan
Pulau ini hanya kecil sahaja dan tiada penghuni..

Jarak Ke Kuala Besut 
130 km dari Kuala Terengganu

55 km dari Kota Bahru
21 km dari Jertih
21km dari Jeti Kuala Besut  ke Pulau Perhentian

Penginapan

Abdul Chalet
Lot 143, Kg. Seb. Tengah,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Kuala Besut, Terengganu.

Tel: 09-6911610, 019-9127303

Arwana Perhentian Resort

Lot 181, Teluk Dalam,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Kuala Besut, Terengganu
Tel: 09-6911887/8
Faks: 09-6911880
http://www.arwanaperhentian.com.my
Emel: enquiry@arwanaperhentian.com.my


Aur Bay Chalet

PT 435, Pulau Perhentian Kecil,
22300 Besut, Terengganu
Tel: 013-9950817, 019-9858584


Samudera Beach Chalet

Lot 182. Kg. Teluk Dalam,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Kuala Besut, Terengganu
Tel: 09-6911677, 013-9006763

Senja Bay Resort Sdn Bhd
Coral Bay,
Pulau Perhentian Kecil,

22300 Besut, Terengganu, Malaysia.

el: 09-6911799, 019-2800801, 019-6643105
Faks: 09-6911790
http://www.senjabay.com
Emel: reservations@senjabay.com


Sepadu Chalet

Lot 64, Kg. Tanjung Langgir,
Pulau Perhentian Kecil,
22300 Besut, Terengganu

HP: 010-9834464

The Reef Chalet
Pulau Perhentian Besar,
22300 Kuala Besut, Terengganu
Tel: 09-6911762, 019-9816762

Symphony Chalet

Lot 21, Pasir Panjang,
Pulau Perhentian Kecil,
22300 Besut, Terengganu
Tel: 013-9755935


Watercolours Impiani Island Resort
Pantai Petani, Pulau Perhentian Kecil,
Kuala Besut, Terengganu

Tel: 09-6911850, 09-6911857, 019-9113852

Faks: 09-6911851, 09-7479852
http://www.impiani.com
Emel: watercolours.impiani@gmail.com


Watercolours Paradise Chalet

Lot 136, Kg. Seb. Genting,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Kuala Besut, Terengganu
Tel: 09-6911852, 09-6911850, 019-9113852

Faks: 09-6911851

http://www.impiani.com

Emel: watercolours.paradise@gmail.com

Agensi Pelancongan

Perhentian Pelangi Travel & Tours Sdn. Bhd.
712, Jalan Jeti Kuala Besut, Kuala Besut
Tel: 09-6974353

Yaudin Holidays & Tours Sdn. Bhd.

B6, Terminal Pelancong, Kuala Besut
Tel: 09-6974887

Perhentian Sunny Travel Sdn. Bhd.
Lot B9, Terminal Pelancongan Besut, Kuala Besut
Tel: 09-6975854

Lovely Travels & Tours Sdn. Bhd.
No.79, Jalan Pantai Kuala Besut
Tel: 09-6974297/09-6975422

Kuala Besut Travel & Tours Sdn. Bhd.

No. 8, Jalan Pantai, Seberang Barat, Kuala Besut
Tel: 09-6974948

Kuala Besut Connection Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.2, Tingkat B, Jalan Pantai, Besut
Tel: 09-6974367/019-9639014


Pengangkutan

Untuk ke Pulau Perhentian dan pulau Susu Dara, bot akan disediakan oleh pengusaha hotel.



Stesen Kereta Sewa Kuala Besut
22300 Kuala Besut, Besut, Terengganu
Tel: 09-6974294


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu

Tel: 09-6979840
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Pulau mempunyai keindahan semulajadi baik di daratan atau di dasar laut.Tempat ini adalah tempat snorkeling dan scuba yang popular.

Laman web untuk rujukan:

http://www.pulauperhentian.com.my/
http://www.malaysia-islands.com/html/perhentian/snorkel/pulau-rawa.shtml

Tiada ulasan:

Catat Ulasan