Isnin, 13 September 2010

Terpukau Dan Terpegun

Kelip-kelip atau kunang-kunang (photuris lucicrescens) adalah sejenis serangga yang mengeluar cahaya yang cantik. Terdapat 2000 jenis spesis kelip-kelip yang terdapat di dunia dan kelip-kelip yang terdapat di sungai Yak Yah, Kemaman adalah jenis yang mengeluarkan cahaya cantik.
Untuk melihat kelip-kelip, anda perlu mudik sungai Yak Yah selama sejam (pergi & balik) dengan menaiki perahu. Waktu yang sesuai untuk melihat kelip-kelip ialah di waktu malam. Kelip-kelip ini suka hinggap di pokok Berembang, pokok Putat dan pokok Bebaru.
Kelip-kelip ini akan mengeluarkan cahaya yang tidak mengandungi infrared. Kelip-kelip jantan akan mengeluarkan cahaya yang lebih terang berbanding kelip-kelip betina. Cahaya terang kelip-kelip jantan ini akan menarik kelip-kelip betina untuk tujuan mengawan.
Apabila kelip-kelip ini hinggap di pokok yang terdapat di kiri kanan sungai akan menyebabkan pokok berubah rupa. Pokok ini akan berubah menjadi pelbagai bentuk seperti menjadi haiwan dan pokok itu menjadi terang seolah-olah dipasang lampu neon. Indahnya sungguh suasana malam itu dan anda akan terpukau serta terpegun melihat kejadian ini yang anda jarang lihat.

INFO

Pemilik
Pejabat Daerah Kemaman
09 859 1961

Lokasi
Melalui Jalan Mak Chili-Ibok dan jalan Kerteh-Ibok.

Jarak
170 km dari Kuala Terengganu
40 km dari Kuantan
10 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Agensi Pelancongan

Puncak Geliga Holidays Sdn. Bhd.
No. 543, Tingkat 1, Jalan Sulaiman, Kemaman
Tel: 09-8582128

Rayhar Travel Sdn. Bhd.
No. 1341-1, Dihadapan Sek Men. Sultan Ismail Kemaman
Tel: 09-8592942

Sayu Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.22, Ground Floor, Kemaman Supply Base, Administration Building B,  Kemaman
Tel: 09-8633833  
  



Pengangkutan
Teksi, dan kenderaan sendiri

Perkhidmatan Bas - Dua laluan
1. Awana Kijal melalui pekan Kijal, Kampung Payoh dan Ibok ke zoo

2. Stesyen bas Chukai melalui Centre Point (KCP) ke Telekom dan terus ke zoo.

Bas berkenaan bertolak dua kali sehari iaitu pada pukul 12 tengah hari dan 4 petang.

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Sungai Yak Yah ini bersebelahan dengan Zoo Kemaman.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

1 ulasan:

  1. jika gambar diambik pada waktu malam lagi cantik.. kelip-kelip ini sangat indah hingga tak terkata ape2.... sungguh cantik....

    BalasPadam