Jumaat, 3 September 2010

Kuala Kemaman Antara Sungai Dan Laut

Kuala Kemaman terletak muara sungai Chukai merupakan kawasan penempatan kaum nelayan yang bekerja menangkap ikan. Keistimewaan Kuala Kemaman ialah mempunyai sungai di sebelah kiri dan laut sebelah kanan.
Apabila sampai di Kuala Kemaman, anda masih dapat melihat rumah kedai lama. Deretan rumah kedai lama ini dapat mengekal nostalagia kepada pelancong yang pernah berkunjung ke sini pada tahun 1960.
Sebuah jeti perikanan disediakan untuk nelayan melabuh bot-bot dan memunggah hasil tangkapan laut. Anda boleh melihat pelbagai jenis ikan, pari, ketam, sotong yang maseh segar. Di sini juga anda dapat melihat aktiviti pemborong ikan sedang menawar harga dengan penjual ikan.
Inilah pasar untuk membeli ikan segar untuk dibawa pulang. Ikan-ikan yang baru sampai di jeti akan dibawa ke pasar ini untuk dijual kepada pengguna. Di sini anda mempunyai pilihan untuk membeli ikan yang bersaiz besar dan jenis ikan yang sedap.
Dari sini anda dapat melihat suasana pantai dan sungai yang cukup cantik. Di hadapan kuala ini anda dapat melihat Pantai Marina dan Taman Rekreasi Telaga Simpul.

INFO

Lokasi
Kuala Kemaman terletak muara sungai Chukai dan untuk sampai di sini kena melalui kampung Geliga.

Jarak
165 km dari Kuala Terengganu
10 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Kawasan perkampungan nelayan terdapat jeti perikanan, tempat membuat kerepok, satar, otak-otak dan memilik pantai yang cantik. Jarak dengan Pantai Mok Nik (Monica) ialah 5 km.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan