Ahad, 26 September 2010

Gabungan Alam Lagun Kuala Ibai

Lagun Kuala Ibai adalah sebuah taman yang cukup cantik dengan gabungan alam semulajadi. Terletak di muara Sungai Kuala Ibai dengan tasik   di Masjid Terapung membentuk satu pemandangan yang cukup indah dan jarang kita temui. Ketika air pasang pertemuan antara air laut dengan air sungai akan berlaku  dan kita melihat aliran air yang  laju  menuju masuk ke sungai.
Apabila anda menjejak pasir pantai yang begitu putih, anda akan melihat sauh bot nelayan yang diletak ditepi pantai. Fenomena sauh diletak di atas pasir pantai amat jarang kita jumpai kerana kebiasaannya sauh diletak di dalam air. Kepada jurufoto inilah masanya merakam bentuk sauh yang menjadi latarbelakang lagun Kuala Ibai.
Satu lagi unsur pantai yang kita dapat jumpai ialah bubu. Bubu yang digunakan sebagai alat menangkap ikan boleh di jumpai ditepi pantai. Bentuk empat segi yang dibuat dari dawai diletak ditepi pantai oleh nelayan untuk dibaik pulih.
Anda akan bertuah apabila menjumpai aktiviti menjala ikan di muara Sungai Kuala Ibai. Anda boleh melihat kemahiran mereka menebar jala. Anda jangan malu-malu untuk mencuba menjala. Bagitau kepada mereka anda ingin mencuba. Sudah pasti mereka akan memberi anda mencuba  malah mereka akan mengajar anda cara-cara untuk menjala. Selamat mencuba dan merasa kehebatan menjala.
Suasana pantai di lagun Kuala Ibai yang cantik memang tidak dapat digambarkan di sini kerana anda perlu datang sendiri untuk melihat keindahannya. Yang pasti anda bergembira di sini.

INFO



1. Lokasi
   Terletak  6 km dari bandaraya dan menuju ke jalan ke Marang dan belok ke kanan apabila    menjumpai persimpangan lampu  isyarat Masjid Terapung.

2.  Penginapan

   Green Acres Golf & Country Resort
   Lot PT 969, jalan. Tok Adis,
   Kuala Ibai,
   20400 Kuala Terengganu, Terengganu
   Tel: 09-6163500, 09-6163600
   Faks: 09-6163700
  Qurata Riverside Resort
  Lot 175K, Kuala Ibai,
  20400 Kuala Terengganu, Terengganu
  Tel: 09-6175500
  Faks: 09-6175511
 
  Terengganu Equestrian Country Resort
  PT 1969, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai,
  20400 Kuala Terengganu, Terengganu
  Tel: 09-6177755
  Faks: 09-6170055
   http://www.ter.com.my
  Emel: enquiry@ter.com.my


 4. Pengangkutan

   1. Bas Online




   5. Teksi

  Perhentian Teksi/Kereta Sewa
  Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
  20100 Kuala Terengganu, Terengganu
  Tel: 09-6242694


  Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
  Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

  21300 Kuala Terengganu, Terengganu
  Tel: 09-6664067



Keistimewaan


Terletak di tepi tebing Sungai Kuala Ibai berdekatan dengan Masjid Terapung, Terengganu Equestrian Resort, Taman Budaya, kedai kerepok lekor dan kedai makanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan