Taman Bandar Teluk Gadung mempunyai keunikan tersendiri iaitu gabungan laut dengan tasik. Tasik Teluk Gadung terletak di hujung Jalan Sura atau dipenghujung kampus UITM Dungun. Disebelah kiri tasik terdapat pantai dan bukit yang menghijau.
Tasik ini sesuai untuk melakukan aktiviti berasaskan air. Aktiviti berkayak, bot kawal jauh, mengayuh bot dan bersampan amat sesuai dilansung di tasik ini. Tasik yang memanjang ini kaya dengan ikan air tawar. Pengunjung di sini mempunyai alternatif samada mengail di tasik atau di laut.
Di tepi pantai terdapat pondok-pondok untuk pengunjung berehat. Pengunjung boleh menggunakan pondok ini untuk menjamu selera dengan keluarga anda sambil mengirup angin pantai. Anda juga boleh berbaring dengan diulik dengan angin dingin yang bertiup dari Laut China Selatan.
Teluk Gadung juga memiliki pasir pantai yang halus dan cantik. Pasir yang memutih memanjang hingga ke Pantai Teluk Lipat. Disusuli ombak putih yang cantik menghampiri pantai menambah seri pantai ini.
INFO
Lokasi
Sura Hujung, Kampus UITM, Dungun
Jarak
8 km dari Bandar Dungun
Pengangkutan
Teksi
Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744
Penginapan
Ulek Beach Resort
Jalan Pantai, Sura Hujung,
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481100
Faks: 09-8482200
UITM Hotel
UITM,
210 Sura Hujung,
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481700
Faks: 09-8481703
Tiada ulasan:
Catat Ulasan