Ahad, 29 Ogos 2010

Lembah Becah Bakau Tinggi

Bakau Tinggi nama cukup popular dikalangan pelancong yang suka melihat tanah becah bakau dan tanah berlumpur. Lembah becah ini terletak di tepi sungai Chukai yang kaya dengan kehidupan habitatnya. Melalui jambatan ini kita akan melihat apa yang ada di dalam lembah ini.
Apabila anda sampai di sini, anda akan terpegun dengan keunikan pokok bakau yang hidup dengan subur dalam tanah lembab ini. Di tanah lembab ini, kita akan dapat melihat anak-anak ketam yang keluar dari lubang. Ada warna merah dan ada warna biru. Ikan belungkor meloncat-loncat dalam lopak air. Memang cantik.
Akar-akar pokok bakau ini boleh dilihat dikiri kanan jambatan kayu yang kita lalui. Akar yang tinggi rendah ini menghasil corak yang cantik untuk dirakam. Aliran air dan lopak air ternampak ikan-ikan yang sedang mencari makanan. Yang bagusnya, kita melihat kejadian ini secara dekat.
Di bahagian tepi sungai, terdapat pelantar beratap untuk kita melihat pemandangan sungai. Di sini juga anda dapat melontar mata kail ke dalam sungai. Untuk kaki pancing, apa lagi yang ditunggukan.

INFO

Lokasi
Jika dari arah Kuala Terengganu sebelah kanan selepas Jambatan dan sebelah kiri selepas selekoh Bakau Tinggi.

Jarak
170 km dari Kuala Terengganu
10 km dari Chukai

Penginapan

New Sri Buana Hotel
No. K-293, Jalan Abdul Rahman,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8592706
Faks: 09-8593575

Seaview Hotel
K 114, Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8596337, 09-8596322
Faks: 09-8596323

Hotel Chukai Utama
K11295, Taman Chukai Utama,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8589666, 09-8591275
Faks: 09-8589222

Pengangkutan
Teksi, bas dan kenderaan sendiri

Perhentian Teksi Jalan Sulaimani,
24000 Kemaman, Terengganu
Tel: 09-8591773

Persatuan Kebajikan Pemandu-pemandu Kereta Sewa/Teksi
Lapangan Terbang Kerteh,
24300 Kerteh, Kemaman
Tel: 09-8262108

Stesen Kereta Sewa Dungun
23000 Dungun, Terengganu
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Keistimewaan
Berhampiran dengan Pantai Marina & Telaga Simpul (15 minit perjalanan) dan kedai makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan