Kijal bukan saja terkenal dengan kecantikan pantainya dan kampung kelahiran Menteri Besar Terengganu malah terkenal tempat pengeluar lemang yang unggul. Lemang Kijal memang terkenal diseluruh Malaysia kerana rasanya sedap dan lazat. Apatah lagi gerainya terletak di tepi jalan besar dan mudah untuk berhenti membelinya.
Lemang yang diperbuat daripada beras pulut dan santan adalah makanan tradisi orang Melayu sejak dulu lagi. Untuk membuat lemang, buluh dan daun pisang diperlukan. Daun pisang akan diletak dalam buluh terlebih dulu dan baru diletak beras pulut serta santan.Buluh yang berisi beras dan santan akan diletak di atas para dengan cara menyandar. Dikeliling buluh ini diletak bara api yang menyala. Buluh ini dibiarkan selama setengah jam lebih untuk masak. Masa ini aroma lemang akan keluar menyebabkan kita tidak sabar-sabar untuk makan.
Apabila masak, lemang ini akan diangkat dan buluh dibelah untuk mendapatkan isinya. Lemang yang dikeluar dari buluh akan berkeadaan bersalut dengan daun pisang. Kepala lemang amat digemari kerana berlemak dan lembut. Lemang boleh makan begitu sahaja atau mencicah dengan serunding atau rendang.
INFO
Lokasi
Ditepi jalan besar Dungun-Kemaman iaitu selepas lampu berisyarat Kampung Anak Dara. Tempat menjual lemang ada dua tempat iaitu jika datang dari arah Kuala Terengganu disebelah kiri dan dari arah Cukai di sebelah kiri.
Bahan
Beras dan santan
Harga
Dari RM2 sebatang hingga RM5 sebatang bergantung pada saiz lemang.
Penjual Lemang
Kak Moh - 019 957 4978
Lina - 013 970 6777
Azman - 013 949 6717
Tiada ulasan:
Catat Ulasan