Khamis, 1 Julai 2010

Tak Puas Mandi Di Sekayu

Respon yang diterima mengenai Air Terjun Sekayu sungguh hebat. Ramai yang pernah datang ke sini, meminta saya menyiarkan lagi gambar yang menarik tentang Sekayu. Tidak menghampa permintaan mereka, saya menyiar gambar Sekayu dari sudut lain pula.
Hutan di sekeliling Sekayu kaya dengan hasil hutan seperti pokok herba dan kayu balak. Pokok-pokok ini akan ditanda dengan nama dan keterangan rengkas. Info yang diberi akan memudah anda mengenali pokok dan mendorong anda menyayangi hutan.
Air yang mengalir dari atas melalui lapisan batu dan jatuh ke bawah menghasilkan percikan putih yang cantik. Air yang dingin ini menyejuk badan anda apabila berendam di dalam air dan boleh menyebabkan kita mengigil.
Kejernihan air boleh melihat batu yang pelbagai size dan cantik. Batu yang terhakis membentuk pelbagai rupa. Cantik untuk buat hiasan seperti diletak dalam akuarium, lanskap, hiasan pokok bunga, buat tuku atau pelapik kertas. Ikan berenang dan bermain di celah batu juga boleh kelihatan.
Anda tentu terasa lapar bila bermain air. Apa lagi keluarlah bekalan yang anda bawa. Anda boleh membakar ayam, daging atau ikan di kawasan ini. Seronokkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan