Rabu, 7 Julai 2010

Pantai Kijing Pasir Menguning

Pantai Kijing terletak hanya 15 km dari Bandaraya Kuala Terengganu dan Bandar Marang (1 km) mempunyai pantai yang menawan. Di sebelah pantai terdapat sungai yang jernih dengan dihias dengan pokok rhu dan kelapa.
Untuk sampai ke pantai, kita akan melalui jambatan yang merentasi sungai. Bila berada di atas jambatan kita melihat pemandangan sungai yang jernih. Anak-anak ikan yang berenang dapat dilihat dari atas,
Pasir Pantai Kijing memang cantik kerana berwarna kuning keemasan. Apabila terkena sinaran matahari memberi imbasan yang bersinar. Apabila berada di tepi pantai, kita akan melihat Pulau Kapas terapung di laut..
Ombak memutih yang menghempas pantai menambah seri keindahan Pantai Kijing. Di gigi air terdapat kulit siput terdampar di pasir pantai. Keindahan ini perlu dirakam untuk diabadikan sebagai kenangan manis.

1 ulasan: