Selasa, 6 Julai 2010

Marang Lambang Kekayaan Hasil Laut

Daerah Marang terkenal dengan pantai yang cantik, pulau yang menawan dan mempunyai kampung tradisi indah. Jarak dengan Bandaraya Kuala Terengganu ialah 18 km sahaja.
Kedudukkan Marang di persisiran pantai mendorong penduduk terlibat dalam menghasil produk berasas hasilan laut seperti kerepok, ikan masing, sotong dan sebagainya. Hasil Laut merupakan ikon bandar Marang.
Masjid Sultanah Nur Zahirah menjadi mercu tanda untuk Bandar Marang. Keindahan senibina masjid ini terserlah dengan rekabentuk yang cukup menarik. Mempunyai 2 tingkat iaitu tingkat atas untuk dewan solat dan tingkat bawah aktiviti pendidikkan seperti kuliah agama.
Berhampiran masjid terdapat sebuah pasar dua tingkat yang menjual barangan basah dan kering. Mengadap ke muara sungai Marang menambah pemandangan yang cantik dihiasi bot-bot nelayan yang sedang berlabuh dan memunggah hasil laut.
Marang memiliki pantai yang cantik dan dua buah pulau indah iaitu Pulau Kapas dan Pulau Gemia. Di sepanjang pantai dan pulau terdapat chalet yang menawar pakej pelancongan yang menarik seperti mencadat sotong, memancing, menyelam, mudik sungai Marang dan lain-lain lagi.

Kunjungi Marang yang menawarkan pakej pelancongan berbaloi.

Tiada ulasan: