Masjid Hadhari yang dibina ditepi sungai telah menjadi tanda mercu pekan Jertih. Rekabentuk masjid di bahagian luar berasaskan pada seni bina Masjid Nabi di Madinah. Di dalam masjid pula senibina berasaskan pada masjid Cardova yang cukup terkenal di zaman kegemilangan Kerajaan Andalusia.
Menepati konsep hadhari (pembangunan), masjid ini dibina bukan sahaja untuk beribadat tetapi menyediakan kemudahan komuniti seperti kelas Quran, dewan kuliah, perpustakaan, bilik musafir, kedai runcit, gerai minuman dan sebagainya.
Dari jauh kita dapat melihat 4 menara yang bermakna asal kejadian manusia berunsurkan tanah, air, api & angin. Lima buah kubah bermaksud Rukun Islam & ditambah kubah di porch menjadi Rukun Iman.
Jika sampai di bandar Jertih, jangan lupa untuk berhenti untuk menunai ibadat sambil melihat keunikan senibina masjid.
Jika sampai di bandar Jertih, jangan lupa untuk berhenti untuk menunai ibadat sambil melihat keunikan senibina masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan