Tasik Kenyir merupakan sebuah tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara dengan 340 buah pulau. Pada tahun 2004, Kerajaan menyiapkan sebuah lebuhraya yang menghubungi Kuala Berang dengan Gua Musang. Bagi keselamatan pengguna, lebuhraya itu belum lagi diwartakan.
Perjalanan sejauh 128 km dari persimpangan Pengkalan Gawi, Terengganu ke Felda Aring, Kelantan menjanjikan pemandangan yang indah. Anda boleh melihat kebiruan air tasik sehingga kehijauan pelbagai spesis pokok tumbuhan yang terpapar disepanjang lebuhraya.
Perjalanan melalui lebuhraya ini hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Gua Musang berbanding 5 jam melalui Besut cukup menjimat masa. Disepanjang lebuhraya ini, anda boleh melihat air terjun yang kecil, tempat memancing, burung yang berterbangan secara berkumpulan, Santuari Gajah dan sebagainya.
Di sungai ini terdapat chalet terapung untuk anda bermalam dan menyedup udara yang sejuk dan nyaman. Sungai ini mempunyai pelbagai spesis ikan seperti kelah dan tioman.
Disepanjang lebuhraya ini, anda akan merentasi berbagai anak sungai yang mengalir ke tasik ini. Ada sungai besar dan ada sungai kecil yang kaya dengan flora dan fauna. Terdapat orkid liar yang pelbagai warna hidup dibatang pokok balak yang sudah mati.
Nikmatilah keindahan lebuhraya yang menerima jolokan Laluan Atas Tasik.
Nikmatilah keindahan lebuhraya yang menerima jolokan Laluan Atas Tasik.
2 ulasan:
Dah siap ke jalan ni ??
dah siap lama..cuma belum diwartakan.. nok gi cameron highland cukup dekat..
dah jadi follower blog ini
Catat Ulasan