Selasa, 18 Mei 2010

Pesta Ngambat Ikang

Pesta Ngambat Ikang atau Pesta Menghambat Ikan adalah sukan tradisi penduduk Langkap pada setiap tahun. Apabila tiba musim kemarau, air Sungai Nerus, Setiu menjadi cetek maka penduduk disekitar pekan Langkap beramai-ramai turun ke sungai untuk mengambat ikan.
Ada yang membawa jala, pukat jala atau tangguk. Apabila peralatan dipasang dalam sungai maka penduduk tersebut akan berkumpul jauh dihadapan pukat & mereka beramai-ramai berlari mengusir ikan. Ikan tersebut melari diri hingga melanggar pukat yang dipasang.
Pesta ini sesuai dijadikan produk pelancongan kerana keriuhan suasana melihat gelagat penduduk kampung yang beramai-ramai terjun ke sungai sambil mengejar ikan. Ikan yang diperolehi akan dimasak disitu juga & mereka beramai-ramai menjamu selera.
Diantara ikan sungai yang diperolehi ialah Baung, Sebarau, Lampan dan sebagainya. Ikan Kaloi seberat 10 kilogram berjaya ditangkap. Acara ini jarang boleh dilihat dilain tempat kecuali di Langkap, Setiu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan