Bukit Keluang, Besut bukan terkenal dengan kecantikkan pantai tetapi mempunyai kem bina semangat & pusat latihan. Kem Seri Keluang adalah tempat membina semangat bagi mengukuh kerohanian & jasmani. Kedudukan tepi pantai menambah lagi semangat & mental.
Maktab Sains MARA Kota Putra untuk pelajar cemerlang dalam pemereksaan UPSR & PMR. Pelajar disini diberi penekanan untuk menghafal Al Quran 30 juzuk dalam menghasilkan generasi Ulul Albab.
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan adalah kampus untuk mengeluarkan guru-guru yang berkualiti tinggi & semangat penguruan yang tinggi.
Institut Latihan Islam Malaysia, Wilayah Timur adalah pusat melatih kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya dapat meningkat ilmu & sistem penyampaian yang berkualiti.
Jika anda sampai di Bukit Keluang, jangan lupa melawat pusat-pusat tersebut kerana rekabentuk bangunan yang cantik & lanskap yang indah.
Jika anda sampai di Bukit Keluang, jangan lupa melawat pusat-pusat tersebut kerana rekabentuk bangunan yang cantik & lanskap yang indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan