Isnin, 31 Mei 2010

Gerai Makan

Gerai berbentuk khemah besar yang terletak dihadapan pasar atau Jertih Souq adalah tempat menjual pelbagai makanan samada makanan yang siap sedia atau masakan panas.
Disini ada menjual kuih muih, makanan masakan tempatan atau masakan Thailand. Waktu berniaga antara 6.30 petang hingga 12 tengah malam.

Ahad, 30 Mei 2010

Water Front Kuala Besut

Kuala Besut adalah tempat tumpuan pelancong untuk ke Pulau Perhentian. Suasana water front sungguh menarik apabila bot-bot nelayan yang baru balik dari menangkap di laut.
Bot-bot nelayan yang berbaris panjang sedang menuju ke jeti untuk berlabuh telah menarik perhatian pelancong sedang berehat di water front. Bot yang berwarna warni cukup cantik ditonton seperti perarakan kereta berhias .
Di water front terdapat gerai makan yang mengadap ke muka kuala. Angin yang menderu memberi kelegaan sambil makan otak-otak. Kawasan ini semakin cantik apabila melihat kaki langit yang kemerahan.
Di sini juga tempat transit sementara untuk menunggu bot ke Pulau Perhentian. Pelancong akan memesan makanan panas atau makanan yang siap sedia. Gerai ini juga ada menjual makanan laut.

Sabtu, 29 Mei 2010

Air Sejuk & Air Panas Kampung La

Kolam Air Panas La bukan saja mempunyai air panas tapi mempunyai sungai yang sejuk sesuai untuk aktiviti berendam. Tempat ini cukup redup kerana terletak di dalam hutan.
Apabila kita sampai pintu masuk Kolam Air Panas, kita akan melihat gerai yang menjual pelampung. Harga tidaklah mahal mana, harganya antara RM3 - RM10 bergantung pada size. Belilah untuk keselamatan anak-anak untuk bermain air sungai.
Apabila kita melalui jambatan gantung kita melihat pengunjung sedang bermain air. Airnya tidak dalam mana selamat untuk kanak 5 tahun keatas. Bawah 5 tahun, ibu bapa kena awasi.
Air sungai cukup jernih dan ternampak anak-anak ikan sedang berenang. Pasir sungai pun bersih dan sesuai untuk menjamu selera disini.
Di sini kemudahan awam disediakan seperti surau, bilik air, tempat letak kereta & gerai makan. Dari sini juga, kita boleh berjalan kaki untuk melihat Lata Berangin. Di Lata Berangin kita dapat melihat air terjun setinggi 350 kaki, Gua berbentuk bahtera, Batu Katak & Sungai yang hilang.
Jika anda ingin mendapat pemandu pelancong, tempat penginapan & untuk mengadakan aktiviti tahan lasak sila hubungi Pak Cik Din atau Kak Moh dari LA HOT SPRING PARK. 017 974 3299, 013 914 7458 & 013 938 9024.

Jumaat, 28 Mei 2010

Air Panas La

Kampung La, Besut terletak 150 kilometer dari Kuala Terengganu, 70 kilometer dari Kota Bahru dan 30 kilometer dari Jertih. Di Kampung La ini mempunyai kolam air panas yang berkualiti tinggi.
Air panas disini dikatakan dapat menyembuh berbagai penyakit seperti penyakit lumpuh, asma, darah tinggi, gatal-gatal, penyakit ahmar & penyakit jantung. Sumber air panas ini keluar dari celah batu dengan suhu kepanasan menghampiri 100 celcius.
Kolam air panas ini terdiri dua bahagian iaitu air panas yang dialir melalui paip ke kawasan takungan marmar yang lebih selamat terutama kanak-kanak dan orang tua. Satu lagi kawasan takungan air panas yang semula jadi.
Air panas yang keluar celah-celah batu akan mengalir turun ke kawasan takungan air. Pengunjung akan duduk ditepi kolam sambil meletakkan kaki dalam kolam. Ketika hendak meletak kaki dalam air panas jangan memikirkan air itu panas. Jika tak, anda tidak dapat
bertahan lama. Anda boleh memilih tempat-tempat yang sesuai seperti dibawah pokok atau ditepi sungai untuk menghamparkan tikar.
Kawasan ini sesuai untuk aktiviti meredah hutan, berkhemah & kemudahan awan seperti tandas, surau, gerai menjual pelampung & kedai makan disediakan. Mereka yang ingin menginap disini boleh menyewa chalet.

INFO UNTUK KE LATA TEMBAKAH

Kepunyaan
Jabatan Perhutanan Terengganu - 09 623 4122/627 4153
Pejabat Hutan Besut - 09 695 6148

Lokasi
Kolam Air Panas   terletak di Kampung La, Besut . Untuk sampai ke sini, anda perlu menuju ke arah Bukit Payong dan  mereka yang menaiki bas perlu turun di Jertih dan mengambil teksi untuk datang kesini.
Jarak
150 km dari Kuala Terengganu
70 km dari Kota Bahru
30 km dari Jertih


Penginapan

Pusat Rekreasi La Hot Spring Resort

Pusat Rekreasi Lo Hot Spring,
2, Kg La, 22010 Hulu Besut, Terengganu
Tel: 09-6060525, 013-9276998
 
Chalet Lata Tembakah
Lata Tembakah
Besut, Terengganu

HP: 012 920 9892.
09 695 6148



D’ Lata Belatan Chalet & Champ
Lata Belatan, Jabi,

22020 Jertih, Terengganu

Tel: 017-9685025, 017-9508140, 09-7864298

Faks: 09-7864298



D’Pinggiran Gunung Tebu Resort
Lata Belatan, Jabi,
22020 Besut, Terengganu
Tel: 012-9578075

ATZ Homestay
Kg. Tok Raja, Jerteh, Besut, Terengganu
Tel: 019-3346156, 019-3346151
http://atzhomestay.blogspot.com, 
http://atzhomestay.fotopages.com

Belian Hotel

G-137 Jalan Pasir Akar,
22200 Jertih, Terengganu
Tel: 09-6971350

Bukit Keluang Beach Resort
Pantai Peranginan Bukit Keluang
22200 Besut, Terengganu.
Tel: 09-6954100, 019-9575200
Faks: 09-6954200
Laman Web: http://www.bkbr.com.my
E-mail: sales@bkbr.com.my

Coral View Resort
No. 89 A, Depan Stesen Teksi Kuala Besut,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Alor Lintang, Besut, Terengganu
Tel: 09-6911700, 09-6974943, 019-9180943
Faks: 09-6902600, 09-6911701

D’Rizan Resort
Lot 1611, Jalan Pantai Seberang Kastam,
22300 Besut, Terengganu
Tel: 09-6957854, 013-9029582
Faks: 09-6950239

Damai Beach Resort
523 Lorong Permai, Alor Lintang,
22200 Jertih, Terengganu
Tel: 09-6957488
Faks: 09-6971563, 09-6971589

Demong Beach Resort
Lot 25 Tanjong Demong,
Jalan Bukit Keluang,
Kg. Raja Besut, Terengganu
Tel: 09-6955500
Faks: 09-6955501

De Bonsai Chalet
Kg. Pengkalan Gaduh, Bukit Keluang,
22200 Besut, Terengganu
Tel: 013-9752234

Rumah Rehat Kerajaan
Pantai Peranginan Air Tawar,
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6956326

Agensi Pelancongan

Asij Venture Sdn. Bhd.
Lot 279, Tingkat Atas, Jalan Jerteh,
22000 Besut, Terengganu
Tel: 09-6974404
Yiros Tour & Travel Sdn. Bhd.
Lot PT 323, Tingkat 1, Jalan Hj. Jusoh, Jerteh,
22000 Besut, Terengganu
Tel: 09-6975919


Yaudin Holidays & Tours Sdn. Bhd.
B6, Terminal Pelancong, Kuala Besut
Tel: 09-6974887

Musafir Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot No. 468, Tingkat Bawah, Bangunan SEDC,
Jalan Besar Jertih,
22300 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979333

Lovely Travels & Tours Sdn. Bhd.
No.79, Jalan Pantai Kuala Besut
Tel: 09-6974297/09-6975422

Kuala Besut Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 8, Jalan Pantai, Seberang Barat, Kuala Besut
Tel: 09-6974948

Kuala Besut Connection Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.2, Tingkat B, Jalan Pantai, Besut
Tel: 09-6974367/019-9639014

Pengangkutan

Untuk ke Lata Belatan.


1. Bas online



3. Teksi

Stesen Kereta Sewa Kuala Besut
22300 Kuala Besut, Besut, Terengganu
Tel: 09-6974294

Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu

Tel: 09-6979840
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin (Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067

Keistimewaan
Lata ini  mempunyai keindahan rimba semulajadi  dan  mempunyai kemudahan chalet, dewan, surau dan tapak perkhemahan.

Khamis, 27 Mei 2010

Otak-Otak & Satar

Otak-otak dan Satar adalah makanan tradisi orang Terengganu. Otak-otak diperbuat dari ikan atau sotong & diisi dengan rempah. Selepas itu akan dibungkus dengan daun kelapa & disalai diatas bara yang panas.
Manakala satar dibungkus dengan daun pisang & disalai atas bara api. Satar di jual dengan harga RM1.00 untuk 4 biji. Otak-otak pula dijual pada harga RM1.00 untuk 3 biji.
Gerai yang menjual makanan ini boleh di dapati di kiri kanan jalan dari Kampung Seberang Kastam hingga ke Kuala Besut.

Lain tempat lain rasa. Selamat mencuba.

Rabu, 26 Mei 2010

Pantai Air Tawar Yang Mengasyikkan

Pantai Air Tawar, Besut yang redup dilindungi beratusan pokok rhu disepanjang pantai. Apabila kita hamparkan tikar dibawah pokok boleh membuat kita terlena Ditambah dengan tiupan angin pantai cukup mengasyikkan.
Di dataran pantai ini tersedia sebuah pentas persembahan. Di antara persembahan yang biasa diadakan ialah dikir barat, tarian tardisional, pertunjukkan gendang & nyanyian.
Bagi yang minat riadah , sebuah trek disediakan untuk mereka berjogging mengelilingi kawasan ini. Peralatan senaman juga disediakan untuk melakukan senaman pinggang, senaman kaki dan sebagainya.
Sebuah tasik yang cantik dengan ketenangan air memberi inspirasi untuk berkarya. Apabila kita berada diatas jambatan kita akan melihat ikan sedang bermain-main. Lempar sedikit makanan, ikan akan meluru berebut makanan. Tentu menyeronokkan.
Bawa keluarga anda kesini, hamparkan tikar, hidangkan makanan & makanlah beramai-ramai. Tentu menyelerakan.

Selasa, 25 Mei 2010

Bermalam Dengan Deruan Angin Dingin

Bukit Keluang Beach Resort merupakan tempat penginapan yang popular di Besut. Untuk sampai di resort mengambil 2 jam dari Kuala Terengganu, 1 1/2 jam dari Kota Bahru & 15 minit dari Jeti Kuala Besut.
Terletak di Pantai Peranginan Bukit Keluang menawarkan 64 pelbagai jenis bilik daripada harga RM180 hingga RM800 satu malam. Resort ini juga menawarkan tempat mesyuarat atau seminar dengan harga pakej yang berpatutan.
Mempunyai 2 buah kolam mandi yang cantik sesuai untuk kanak-kanak & orang dewasa. Lanskap kawasan kolam cukup cantik & menarik membolehkan kita merehatkan minda dari kesibukan kota.
Bilik tidur yang kemas dengan ukiran kayu sungguh menawan & memberi kepuasan kepada pengantin yang berbulan madu disini.
Bangunan bercorak rekabentuk tradisional Terengganu begitu hebat dipandang boleh dihubungi 09 6954 100 http://www.bkbr.com.my untuk membuat tempahan.

Isnin, 24 Mei 2010

Gulai Itik Serati

Pernah tengok itik serati?. Orang kata dagingnya lebih sedap daripada biasa. Teringin atau mengidam hendak makan ke?
Jika anda melalui dari Kampung Raja ke Jertih, bila sampai di Kampung Gong Kepas perlahanlah kenderaan anda. Di situ anda akan ternampak papan tanda ayam kampung & itik serati.
Kedai makan kepunyaan Aziz ini menjual masakan yang jarang dijumpa iaitu gulai itik serati. Harganya tidaklah mahal hanya RM3 -RM4 satu ketul bergantung pada saiznya.

Pernah tengok belut? Belut juga sejenis ikan. Rasa belut memang sedap, rasanya manis. Bila sampai kedai ini, buat pesanan sup belut satu!. Harganya RM5 satu mangkok.

Jika ingin keterangan lebih lanjut, hubungi Aziz - 013 946 2571 di Restaurant Nasi Ulam Gong Kepas,Hadapan Pasar Raya Super Mas,Jln Besar Jerteh,Kampung Raja,Besut Terengganu.

Ahad, 23 Mei 2010

Ngail Dalam Botol

Penduduk kampung mengeratkan perpaduan & mengekal semangat kejiranan dipupuk melalui sukan tradisional. Mengail dalam botol memerlukan ketekunan & semangat yang tinggi untuk memasukkan kail dalam lubang botol yang sempit.
Sesiapa yang berjaya mengangkat botol terlebih dahulu akan ditabal menjadi juara. Acara ini amat mengeli hati melihat telatah peserta yang berusaha berapa kali untuk mengangkat botol tetapi terlucut.

Pelancong asing pasti terhibur dan ingin mencuba.

Sabtu, 22 Mei 2010

Bukit Keluang Lembah Ilmu

Bukit Keluang, Besut bukan terkenal dengan kecantikkan pantai tetapi mempunyai kem bina semangat & pusat latihan. Kem Seri Keluang adalah tempat membina semangat bagi mengukuh kerohanian & jasmani. Kedudukan tepi pantai menambah lagi semangat & mental.
Manakala Kem Bina Negara di bawah kelolaan Biro Tata Negara menumpu aspek jati diri dengan menanam semangat sayang dan cinta pada negara.
Maktab Sains MARA Kota Putra untuk pelajar cemerlang dalam pemereksaan UPSR & PMR. Pelajar disini diberi penekanan untuk menghafal Al Quran 30 juzuk dalam menghasilkan generasi Ulul Albab.
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Mizan adalah kampus untuk mengeluarkan guru-guru yang berkualiti tinggi & semangat penguruan yang tinggi.
Institut Latihan Islam Malaysia, Wilayah Timur adalah pusat melatih kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya dapat meningkat ilmu & sistem penyampaian yang berkualiti.

Jika anda sampai di Bukit Keluang, jangan lupa melawat pusat-pusat tersebut kerana rekabentuk bangunan yang cantik & lanskap yang indah.

Jumaat, 21 Mei 2010

Nelayan Pantai

Jika kita bertemu pantai, jangan lupa berhenti untuk melihat nelayan pantai sedang menjalankan aktivitinya. Ada yang menolak bot ke laut beramai-ramai & anda boleh menyertainya sama. Anda terhibur kerana dapat membantunya.
Ada kalanya anda melihat nelayan sedang memunggah ikan dari botnya. Anda boleh membelinya dengan harga yang lebih murah dari harga dipasar. Yang pasti anda membeli ikan yang segar.
Anda juga dapat melihat nelayan yang baru sampai dan sedang memudik botnya untuk berlabuh dipantai. Anda boleh menaiki bot dan bergambar dengannya untuk buat kenangan. Yang pasti anda dapat melihat hasil tangkapan seperti ikan kerapu, kakap, bawal, kembong, pari dan sebagainya.

Khamis, 20 Mei 2010

Gua Di Pantai Bukit Keluang

Bukit Keluang yang terletak di Besut merupakan pantai yang cantik dengan hamparan pasir yang memutih. Di sulami dengan pokok rhu di pesisir pantai menambahkan lagi keindahan.
Di sini juga ada menjual rojak buah yang cukup mengeliurkan. Buah mangga putik, nenas, jambu dengan pelbagai ramuan dan disiram air nisan berlada. wow...memang terliur. Harga RM1.00 sebungkus. Selain itu kerepok, bebola ikan, udang juga dijual disini.
Sekumpulan remaja dari Kota Bahru yang baru sampai sedang mencari gua yang sesuai sebagai tempat untuk mereka  berehat.
Di tepi bukit disediakan jambatan kayu untuk laluan ke pantai sebelah sana dimana menjadi tempat tumpuan para pelancong. Di atas jambatan kita dapat melihat suasana laut yang dikocak dengan alunan ombak memutih.
Di sepanjang bukit terdapat gua-gua yang boleh dijadikan tempat berehat dan membuat unggun api. Aktiviti membakar ikan dalam gua amat popular kerana terlindung tiupan angin. Pilih gua yang anda suka samada gua yang besar atau kecil.
Siapa yang datang dulu, dia akan dapat memilih tempat yang cantik dulu. Jika anda yang belum pernah datang ke pantai & gua ini buatlah satu jadual untuk berkelah disini.

Pasti anda terhibur dengan kecantikan air laut yang biru sambil mengutip kulit siput & tapak sulaiman yang cantik.

INFO UNTUK KE PANTAI BUKIT KELUANG

Lokasi
Pantai ini    terletak di Kampung Bukit Keluang , Besut  dan berhampiran dengan Maktab Penguruan. Untuk sampai ke sini, anda perlu menuju ke arah Kampung Raja dan    mereka yang menaiki bas perlu turun di Jertih atau Kuala Besut untuk mengambil teksi untuk datang kesini.
Jarak
125 km dari Kuala Terengganu
60 km dari Kota Bahru
21 km dari Jertih


Penginapan

Bukit Keluang Beach Resort

Pantai Peranginan Bukit Keluang
22200 Besut, Terengganu.
Tel: 09-6954100, 019-9575200
Faks: 09-6954200
Laman Web: http://www.bkbr.com.my
E-mail: sales@bkbr.com.my
 

Pusat Rekreasi La Hot Spring Resort

Pusat Rekreasi Lo Hot Spring,
2, Kg La, 22010 Hulu Besut, Terengganu
Tel: 09-6060525, 013-9276998
 
Chalet Lata Tembakah
Lata Tembakah
Besut, Terengganu

HP: 012 920 9892.
09 695 6148



D’ Lata Belatan Chalet & Champ
Lata Belatan, Jabi,

22020 Jertih, Terengganu

Tel: 017-9685025, 017-9508140, 09-7864298

Faks: 09-7864298



D’Pinggiran Gunung Tebu Resort
Lata Belatan, Jabi,
22020 Besut, Terengganu
Tel: 012-9578075

ATZ Homestay
Kg. Tok Raja, Jerteh, Besut, Terengganu
Tel: 019-3346156, 019-3346151
http://atzhomestay.blogspot.com, 
http://atzhomestay.fotopages.com

Belian Hotel

G-137 Jalan Pasir Akar,
22200 Jertih, Terengganu
Tel: 09-6971350
Coral View Resort
No. 89 A, Depan Stesen Teksi Kuala Besut,
Pulau Perhentian Besar,
22300 Alor Lintang, Besut, Terengganu
Tel: 09-6911700, 09-6974943, 019-9180943
Faks: 09-6902600, 09-6911701

D’Rizan Resort
Lot 1611, Jalan Pantai Seberang Kastam,
22300 Besut, Terengganu
Tel: 09-6957854, 013-9029582
Faks: 09-6950239

Damai Beach Resort
523 Lorong Permai, Alor Lintang,
22200 Jertih, Terengganu
Tel: 09-6957488
Faks: 09-6971563, 09-6971589

Demong Beach Resort
Lot 25 Tanjong Demong,
Jalan Bukit Keluang,
Kg. Raja Besut, Terengganu
Tel: 09-6955500
Faks: 09-6955501

De Bonsai Chalet
Kg. Pengkalan Gaduh, Bukit Keluang,
22200 Besut, Terengganu
Tel: 013-9752234

Rumah Rehat Kerajaan
Pantai Peranginan Air Tawar,
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6956326

Agensi Pelancongan

Asij Venture Sdn. Bhd.
Lot 279, Tingkat Atas, Jalan Jerteh,
22000 Besut, Terengganu
Tel: 09-6974404
Yiros Tour & Travel Sdn. Bhd.
Lot PT 323, Tingkat 1, Jalan Hj. Jusoh, Jerteh,
22000 Besut, Terengganu
Tel: 09-6975919


Yaudin Holidays & Tours Sdn. Bhd.
B6, Terminal Pelancong, Kuala Besut
Tel: 09-6974887

Musafir Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot No. 468, Tingkat Bawah, Bangunan SEDC,
Jalan Besar Jertih,
22300 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979333

Lovely Travels & Tours Sdn. Bhd.
No.79, Jalan Pantai Kuala Besut
Tel: 09-6974297/09-6975422

Kuala Besut Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. 8, Jalan Pantai, Seberang Barat, Kuala Besut
Tel: 09-6974948

Kuala Besut Connection Travel & Tours Sdn. Bhd.
No.2, Tingkat B, Jalan Pantai, Besut
Tel: 09-6974367/019-9639014

Pengangkutan

Untuk ke Lata Belatan.


1. Bas online



3. Teksi

Stesen Kereta Sewa Kuala Besut
22300 Kuala Besut, Besut, Terengganu
Tel: 09-6974294

Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu

Tel: 09-6979840
Tel: 09-8481744

Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin (Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694

Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,
21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067

Keistimewaan
Pantai ini  mempunyai  gua dan pantai yang cantik. Berdekatan dengan resort dan institusi pendidikan seperti Maktab Penguruan.