Sabtu, 17 April 2010

Kg Tanjung Beach Chalet

Chalet ini yang terletak di tepi pantai Batu Rakit menghadapi Laut China Selatan yang terbentang luas. Jarak dengan pusat bandaraya ialah 30 km & mudah untuk mencari chalet ini.
Di hadapan chalet terdapat wakaf atau bangsal untuk berehat, berbaring dan boleh juga tempat makan secara beramai-ramai.
Chalet ini mempunyai dua kategori iaitu bilik yang mempunyai ASTRO RM120 satu malam & bilik tanpa Astro ialah RM100 satu malam. Untuk membuat tempahan sila hubungi Ani 09 669 5757.
Pemandangan bahagian belakang chalet sesuai untuk mandi manda, memancing & bermain ombak. Di sini anda boleh melihat Batu Rakit yang tidak pernah ditenggelami oleh air laut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan