Selasa, 27 April 2010

Jeti Ke Pulau Redang


Di sungai Merang terdapat banyak jeti dibina oleh pengusaha resort bagi memudahkan bot atau feri untuk berlabuh. Jeti dibina di sungai kerana keadaan air yang tenang & laluan yang dalam
berbanding dengan jeti di pantai.

Selain jeti kayu yang disediakan oleh persendirian, kerajaan juga membina jeti berbumbung bagi mengelak terkena panas & hujan. Bot pelancong disediakan untuk mengangkut tetamu hotel yang
sudah membuat tempahan. Di Pulau Redang terdapat banyak resort & chalet yang menanti kedatangan pelancong.  Kadar harga bilik untuk satu malam antara RM180 - RM600 berdasar jenis bilik. Pelancong

boleh memilih pakej untuk menyelam dasar laut untuk melihat batu karang yang cantik, memancing ikan serta bercandat sotong di tengah laut & melawat Taman Laut Negara. Sebelum & selepas ke Pulau Redang, para

pelancong boleh membeli tshirt yang berkaitan Pulau Redang sebagai buat kenangan.Selain baju, anda boleh membeli cenderahati seperti key chain, patung ikan Nemo, seluar pendek,

baju batik, kain batik, rantai yang dibuat hasilan laut, siput dan lain-lain lagi. Terdapat lebih 10 buah gerai cenderahati dibina dengan pilihan yang menarik dan harga yang berpatutan. Setiap pelancong ke pulau mereka dibawa ke check point bagi di bawa ke bot atau feri.
Mereka akan dibawa ke jeti untuk menaiki feri yang sedang menunggu. Feri akan berlepas ke Pulau Redang pada jam 9.30 pagi yang mengambil masa hampir 2 jam & dari Pulau Redang ke Merang berlepas pada jam 12.30 tengahari.

3 ulasan:

  1. Wamora,
    Apa kata mung masuk kan info sebegini :
    1. Lokasi GPS (Koordinat)
    2. Kawasan sekitar - contoh propose kedai makan, hotel / chalet / rumah tmpang yg ada.
    3. Apa yang hebat? yang patut dicuba ? atau dilihat ? mcm memancing ikan ditepi sg Merang ke ...atau mencuba ICT ( Ikang celup Tepung ) ke ..

    Dengan ada info sebgini at least kawasan yang jadi fokus blog ada sedikit kelainang dari blog pelancungan yang lebih bersifat formal.
    itu sahaja untuk hari ini ..

    BalasPadam
  2. terima kasih atas cadangan yg bernas.Insya Allah saya akan mendetailkannya lagi.

    BalasPadam
  3. Slm sejahtera..
    Saya seorang runner pekej bercuti ke pulau dn tasik di terengganu
    Sesiapa yang berminat sila hubungi/whatsaap saya.0179799773
    Atau lawat blog saya di..blackyellowholiday.blogspot.com

    BalasPadam