Sabtu, 31 Julai 2010

Papan tanda menunjuk Taman Ternakan Lebah yang terletak Kampung Telaga Air, Mercang, Marang berhampiran Sekolah Rendah Jambu Bongkok.
Madu merupakan satu ramuan penting dalam bidang perubatan. Ianya membantu untuk melega pelbagai penyakit. Madu dihasil apabila lebah mengutip nektar daripada bunga dan disimpan dalam kantung madu.
Inilah tempat sarang lebah untuk memproses nektar kepada madu. Madu yang dihasilkan akan disimpan dalam petak madu (honeycombs). Jika anda datang ke tempat ini anda dapat melihat kotak sarang lebah. Bukan sarang lebah saja, sarang kelulut juga terdapat di sini.
Dalam kotak sarang terdapat petak-petak tempat menyimpan madu. Madu ini menjadi sumber makanan untuk lebah sendiri dan larva muda. Madu ini akan diproses dan dibotolkan untuk dijual kepada orang ramai.
Madu dapat membantu melegakan selsema, melancarkan penghadam, memberi tenaga, membuang angin dalam badan , menajamkan memori dan menceriakan kesihatan kita.

Jika anda berminat, sila hubungi Hisham, 013 921 7800.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Jumaat, 30 Julai 2010

Berehat Dengan Rhu Madu

Pelancong yang datang ke Terengganu dengan kenderaan sendiri, apabila rasa penat memandu berhenti sekejab di Taman Rekreasi Rhu Madu, Jambu Bongkok. Taman ini terletak selepas Rantau Abang ( dari arah Dungun ) dan kedudukan cukup strategik kerana pertengahan jalan ke Kuala Terengganu.
Di sini terdapat pondok atau tempat berteduh untuk berehat bagi melepas kepenatan. Pondok ini terletak di tepi alur berhampiran pantai. Suasana di taman ini cukup damai dan tenang dengan tiupan angin pantai.
Jika bawa bekalan makanan, anda boleh makan di sini atau membuat susu anak. Sambil makan sambil melihat pemandangan di sekeliling taman. Pohon-pohon rhu melambai-lambai apabila ditiup angin dan menghasil bunyi yang merdu. Burung helang banyak bersarang di atas pokok rhu.
Taman ini terdapat kedai makan dan tandas untuk kemudahan pelancong. Jangan lupa berhenti di taman ini untuk melepaskan keletihan memandu .

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Khamis, 29 Julai 2010

Keindahan Kampung Mercang

Merchang merupakan perkampungan tradisional nelayan. Rata-rata penduduk di sini bekerja sebagai nelayan. Terletak 40 km dari pusat bandaraya dan dari Marang ialah 20 km. Apa yang menarik di sini ialah suasana di jeti nelayan di Kampung Mercang.
Kesibukan jeti ini bermula apabila nelayan pergi ke laut pada waktu pagi dan akan balik pada waktu tengahari atau petang. Pada waktu ini, mereka akan membawa hasil tangkapan untuk di jual. Bermacam jenis ikan akan dikeluar dari kotak bot untuk dipindah ke dalam bakul untuk ditolak pada peraih. Anda boleh membeli ikan segar dengan yang murah.
Inilah di antara peralatan yang dibawa ke laut iaitu lampu, pukat dan gabus. Nelayan bot kecil tidak pergi jauh untuk menangkap ikan. Mereka menangkap ikan dalam lingkungan 10-20 km dari pantai. Anda boleh menyerta sama untuk menangkap ikan di laut.
Di tepi tebing sungai, mereka membina bangsal untuk meletak peralatan menangkap ikan seperti sauh dan pukat. Di bangsal ini, anda dapat melihat nelayan-nelayan membaiki jaring yang rosak, membaiki bubu dan membersih peralatan yang berkarat.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Rabu, 28 Julai 2010

Pantai Yang Belum Terusik

Selepas melalui jambatan Sungai Buaya, Taman Rekreasi Pulau Kerengga, Marang, anda akan terpukau dengan keindahan pantai Pulau Kerengga yang belum terusik dengan pembangunan.
Pasir yang halus membuat kita tertawan dengan keindahan semulajadi yang terdapat di pantai ini. Di gigi air terdapat ombak memutih memenuhi sepanjang pantai.
Di sini boleh ternampak Pulau Kapas yang tersergam indah dengan kebiruan air laut. Di sekitar pantai terdapat kulit kerang dan kulit siput bertaburan. Kutip kulit siput yang pelbagai warna dan bentuk untuk dibawa pulang sebagai hiasan atau untuk buat mainan.
Hirup kesegaran udara yang nyaman sambil menikmati kecantikan pantai yang tidak terusik. Bawalah keluarga anda ke sini untuk memancing dan berkelah .

Pasti anda terhibur.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan
 

Selasa, 27 Julai 2010

Urutan Perbidanan Untuk Lelaki

Anda sakit urat? Mahu diurut? anda patut dirawat melalui kaedah Uruterapi Aura oleh Mr Sun. Siapa Mr Sun? Orang putih ke?. Mr Sun orang Melayu tinggal di Kampung Serting, Pulau Kerengga, Marang Terengganu. Nama sebenar Che Hassan Daud, bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan mempunyai pengetahuan luas tentang aura.
Mr Sun menawarkan  perkhidmatan mengurut seluruh badan dengan mengguna kaedah terapi cakra dan aura. Cakra ialah pusat energi kehidupan dan aura ialah medan tenaga eletromagnetik. Pesakit lelaki diurut secara tradisional iaitu kaedah urutan ala bidan (midwife massage) .
Urutan ini dapat meredakan urat saraf, mengimbangkan perjalanan darah dan mengurangkan rasa tekanan. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan Mr Sun, sila hubungi nombor ini 013 992 0059.

Selamat merasa kehebatan urutan Mr Sun.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Isnin, 26 Julai 2010

Mengail Di Pulau Kerengga

Di Taman Rekreasi Pulau Kerengga, Marang terdapat sebatang sungai yang memisah pantai dengan taman ini. Sungai ini dikenali Sungai Buaya. Sungai ini dipenuhi pokok nipah di kiri kanan sungai dan kaya dengan kehidupan laut seperti ikan, ketam dan udang.
Pemandangan sungai ini cukup cantik dan tenang. Sekala sekali ternampak ikan timbul dipermukaan air menyedut udara. Di sini dikatakan tempat banyak ikan. Bahkan udang pun terdapat di sini. Sungai ini jenis air payau kerana bersambung dengan laut baik di hilir atau di hulu.
Atas jambatan ini, kaki pancing melontarkan mata kail ke dalam sungai. Nasib baik dapat ikan kakap atau udang. Jika bosan di sini, boleh mengail di pantai. Pantai terlalu dekat di hujung jambatan ini saja. Pengail mempunyai ada alternatif samada hendak mengail di sungai atau di Laut.

Jadi apa lagi jom mengail di sini.

Lain-lain info - sila klik

Hotel

Agensi Pelancongan

Teksi

Bas

Penerbangan

Ahad, 25 Julai 2010

Duyong Aridinata Di Pulau Lang Tengah

Cerita Duyong Aridinata, lakonan Fasha Shada dengan Zack Xfactor tengah popular di tayang pada setiap hari di TV3 & TV9 . Kisah percintaan antara ikan duyong dengan manusia telah dirakam pengambaran di Pulau Lang Tengah, Terengganu.
Pulau Lang Tengah terletak di antara Pulau Perhentian dengan Pulau Redang. Jarak dengan pantai ialah 20 km dan Pulau Redang (10 km) . Pulau ini terletak di dalam kawasan Taman Laut Negara yang kaya dengan batu karang dan kehidupan laut.
Pulau Lang Tengah adalah syurga kepada penyelam untuk melihat khazanah di dasar laut. Kaya dengan batu karang yang cantik dengan pelbagai bentuk dan ikan-ikan yang berwarna warni. Memang cantik keindahan kehidupan laut di sekitar Pulau ini.
Hamparan pasir yang memutih akan memukau apabila pertama kali anda menjejak di pantai ini. Anda terasa hendak berbaring di atas pasir yang halus. Dengan deretan pokok kelapa yang menghijau mencantikan lagi panorama Pulau Lang Tengah.
Warna laut yang biru lembut dan kejernihan air seperti kristal menambahkan lagi keinginan untuk berenang di laut. Memang seronok mandi di tepi pantai sambil mengutip kulit siput yang cantik. Jika anda bernasib. anda boleh melihat penyu mendarat ke pulau untuk bertelur.
Di pulau ini terdapat 5 buah resort yang menawar penginapan dengan pakej serendah RM180 iaitu Lang Sari Island Resort (03 2166 1380), D' Coconut (03 4296 5753), Redang Lang Island Resort (09 623 9911) dan Blue Coral Island Resort (maxcarry@tm.net.my).

Jika tengok Duyong Aridinata, jangan lupa pada Pulau Lang Tengah yang hebat dengan keindahan semula jadi.

Sabtu, 24 Julai 2010

Taman Rekreasi Pulau Kerengga

Taman Rekreasi Pulau Kerengga, Marang terletak 35 km dari bandaraya Kuala Terengganu. Taman ini dianggap menarik kerana dibina berhampiran sungai dan pantai.
Taman ini terdapat sebuah padang permainan untuk kanak-kanak bermain. Di kawasan ini terdapat banyak pokok rendang yang sesuai untuk berteduh dari sinaran matahari.

Pondok-pondok kecil dibina di sekitar taman ini bagi memboleh pengunjung duduk dengan selesa. Kawasan letak kereta cukup luas.
Di bahagian belakang taman dibina sebuah jambatan merentasi sungai untuk menuju ke bahagian pantai. Sebuah pondok dibina di atas sungai melihat pemandangan sungai dan pokok nipah.

Jumaat, 23 Julai 2010

Menginap Di Semarak Inn

Semarak Aruni Inn terletak di Pantai Peranginan Kelulut. Tempat ini pada asalnya tempat pelancaran program SEMARAK oleh YAB Tun Dr Mahathir pada tahun 1980 an. Rumah ini kemudiannya dijadikan tempat penginapan untuk pelancong yang ingin menekmati keindahan laut.
Sebanyak 7 buah chalet dibina dengan senireka rumah Terengganu. Setiap rumah dinamakan mengikut daerah yang terdapat di negeri Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut. Setiap rumah mengandungi 4 buah bilik. Anda boleh memilih bilik yang mengadap ke darat atau mengadap ke laut.
Chalet ini dilengkap alat hawa dingin, bilik air dan TV bagi keselesaan untuk menginap disini. Harga bilik dari RM80 - RM300 untuk satu malam. Untuk tempahan sila hubungi 09 618 4277.

Khamis, 22 Julai 2010

Produk Rotan

Apabila sampai di Kampung Pulau Kerengga, Marang, anda akan ternampak kedai menjual produk rotan. Baik kedai sebelah kiri atau disebelah kanan jalan.
Anda boleh memilih barang anda suka. Bakul rotan, tikar, batang rotan, kerusi tidor dan lain-lain lagi.
Harga berdasarkan harga semasa seperti bakul rotan dari harga RM10 ke atas bergantung pada size. Yang besar mahal sikit. Tetapi barang buatan rotan tahan lama dan dijadikan perhiasan memang cantik.
Kepada yang berminat dengan rotan, boleh menghubungi Mohd Noor , Disland Craff atau Zuriah Craff 09 618 2636 untuk membuat tempahan produk tersebut.

Rabu, 21 Julai 2010

Bau Asap Eeh

Teringin hendak makan kuih tradisional seperti beka nyiur, akok atau kuih bakar perisa labu?. Jangan susah pergi ke Kampung Serting, Pulau Kerengga, anda ternampak sebuah gerai yang berasap dengan papan tanda yang bertulis BAU ASAP EEH. Gerai ini terletak di sebelah kanan ( dari arah Kuala Terengganu) iaitu selepas Penjara Marang.

Bukan saja anda boleh membeli kuih tetapi anda boleh melihat proses mengadun bahan, membakar dan sehingga masak. Untuk membuat kuih akok, mereka mengguna bahan asas seperti gandum , telur dan dikacau sehingga sebati. Apabila siap mereka akan menuang ke dalam acuan kuih.
Kuih ini dibakar dengan sabut kelapa. Cara membakarnya, diletak bara sabut di atas tudung dan di bawah acuan diletak bara arang. Tunggu selama setengah sejam dan baru boleh diangkat.
Inilah rupa kuih beka nyiur yang siap dimasak. Rasa terliur hendak makan. Beka tengah panas enak dimakan. Harganya RM2.00 untuk 7 biji.
Ini pula kuih bakar berperisa labu. Rasa memang manis dan lazat. Harganya Rm2.00 untuk 7 biji.

Jika ingin menempah kuih ini sila hubungi Pok Mat 013 992 0059

Selasa, 20 Julai 2010

Hebatnya Air Tuak dan Air Nira Kelulut

Pantai Kelulut, Marang memang terkenal dengan air tuak atau air nira. Apabila kita melalui jalan Dungun ke Kuala Terengganu terdapat deretan gerai yang menjual air tuak. Anda boleh pilih gerai yang mana anda suka sebelah kanan atau sebelah kiri.
Kampung Kelulut mempunyai sumber air tuak yang banyak. Air tuak dihasil daripada pokok nipah dan pokok kelapa. Air Tuak pula diperolehi daripada mayang kelapa. Mayang ini perlu diikat dan dihujungnya dipotong untuk mengeluarkan air tuak. Untuk menadahkan air tuak, tukil diperbuat dari buluh digunakan tetapi sekarang mereka menggunakan botol plastik.
Tadahan ini dibiarkan sehari dan boleh dipungut dua kali sehari iaitu disebelah pagi & petang. Rasanya masam dan manis. Harga yang dijual ialah RM1.50 sebotol dan RM1.00 sebungkus. Bulan puasa nanti air tuak menjadi minuman yang paling popular.
Air tuak sedap diminum secara sejuk. Rasanya memang enak. Air tuak ini perlu disimpan dalam peti sejuk untuk mengelakan menjadi masam. Jika masam boleh memabukkan dan jika dibiar lagi bertukar jadi cuka.

Respon dari rakan fb : http://www.facebook.com/?sk=messages&tid=1514931239894#!/photo.php?pid=580621&id=1669429885&ref=notif&notif_t=photo_comment

Isnin, 19 Julai 2010

Berenang Ke Pantai Kelulut

Pantai Kelulut memang di kenali sebagai tempat berlangsung Kejohanan Antarabangsa Swimathon yang diadakan pada setiap bulan April. Peserta akan berenang dari Pulau Kapas ke Pantai Kelulut sejauh 6.5 km.
Jarak perjalanan dari Bandaraya Kuala Terengganu sejauh 30 km dan dari Marang sejauh 8 km. kemudahan awam yang lengkap seperti kawasan meletak kereta, gerai makanan, surau dan sebagainya. Di sini juga ada rumah penginapan yang disediakan untuk pelancong untuk menyedut udara segar.
Pantai Kelulut memang mempunyai pasir yang cantik dan halus. Manakala pasir kasar yang berwarna kuning terdapat bahagian atas. Gabungan kuning dan putih apabila terkena sinaran matahari cukup cantik kerana warna keemasan akan terpancar.
Terdapat kulit siput yang beranika rupa terdapat di tepi gigi air. Ada kulit siput yang berbentuk memanjang dan ada yang meruncing. anda boleh mengutip untuk dibuat hiasan.
Di sini ada juga penjual wau pelbagai bentuk dan rupa. Pilih saja yang anda suka. Harga pun tidak mahal mana. Paling murah Rm5.00 sahaja.