Rabu, 30 Jun 2010

Tidur Atas Tasik

Kelah Rakit Resort terletak Lata Terap, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Jarak perjalanan ke resort ini ialah 70 km dari Bandaraya Kuala Terengganu dan 15 km dari Pengkalan Gawi Tasik kenyir. Untuk datang ke sini boleh menaiki teksi di perhentian teksi Kuala Berang.
Resort ini mempunyai 6 buah bilik dan setiap bilik boleh di duduki seramai 5 orang. Bilik dan dewan rehat atau dewan makan dibina di atas tasik. Resort terapung ini memberi pengalaman baru kepada pelancong belum biasa suasana ini.
Kawasan sekitar ini dianggap lubuk memancing. dan boleh memancing di Santuari Kelah. Terdapat banyak ikan patin, sarong golok atau kelah yang menghuni di kawasan ini. Anda boleh memancing di resort itu sendiri dan hasilnya boleh dimasak di situ juga. Untuk kaki pancing apa lagi ! jom.
Selain memancing, pakej ini juga membawa anda mejelajahi tasik ini dengan bot untuk melihat pemandangan indah yang anda belum pernah jumpai. Jelajah tasik ini anda boleh melihat burung dan tumbuhan yang belum terusik seperti orkid liar yang hidup di kayu balak. Pelbagai spesis flora dan fauna akan anda jumpa yang hidup ditepi tasik dan anak sungai.
Anda juga boleh melihat kumpulan gajah yang sedang mencari makan. Anda boleh merakam gelagat gajah bersama ahli kumpulan yang sedang bergurau. Lawatan ke Santuari Gajah boleh diaturkan sekira anda berminat.
Suasana dingin dengan bunyian penghuni hutan menambah keunikan yang belum dirasainya. Harga pakej 2H 1M ialah RM150 dan 2H 3M RM330 seorang (penginapan, makan, memancing, bersiar dengan bot). Umur bawah 17 tahun dikenakan bayaran separuh harga.

Jika anda teringin untuk menginap disini kenalah buat tempahan awal dengan menghubungi Saufi 014 320 6545 dan http://kelahrakitresort.multiply.com/


Rasailah kehebatan Kelah Rakit Resort.

Selasa, 29 Jun 2010

Sekayu Memang Sohor

Hutan Lipur Sekayu terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Terengganu Tambah dan jarak perjalanan ialah 16 km dari Kuala Berang dan 56 km dari Kuala Terengganu. Untuk datang ke sini boleh mengambil bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Berang dan mengambil teksi di Kuala Berang ke Sekayu.
Apabila anda sampai di sini, anda menjumpai jambatan gantung yang merentasi sungai. Apabila anda melalui, terasa hayunan jambatan ini. Yang tidak biasa tentu merasa berdebar dan cepat-cepat memegang tepi jambatan. Yang perempuan mesti menjerit. Yang sudah biasa, anda dapat mengimbang dan berjalan mengikut rentak.
Anda teruja bila ternampak aliran air yang mengalir melalui batu. Anda pasti sedang mencari tempat untuk hamparkan tikar. Ada yang suka duduk di atas batu, atas pasir dan di bawah pokok. Pilih saja tempat yang anda suka.
Bila ternampak air terjun, anda mula tidak sabar untuk mandi. Di sini terdapat air terjun tiga tingkat. Pilih tingkat mana anda hendak mandi. Rasa kenikmatan dan keseronokan apabila air terjun jatuh di atas kepala. Sekali sekali anda menyelam dan merasa kedinginan air.
Di sini anda boleh bergambar dengan latarbelakang air terjun yang cantik. Udara yang segar menyebab anda terasa hilang kepenatan.

Datanglah ke Hutan Lipur Sekayu untuk menghayati keindahan semulajadi yang hebat.


INFO UNTUK KE SEKAYU

Kepunyaan
Jabatan Perhutanan Terengganu - 09 623 4122/627 4153
Pejabat Hutan Hulu Terengganu - 09 681 1259/625 2510

Lokasi
Air Terjun Sekayu  terletak di Hutan Simpan Hulu  Terengganu . Untuk sampai ke sini, anda perlu melalui persimpangan lampu berisyarat dan  mereka yang menaiki bas perlu turun di Kuala Berang dan mengambil teksi untuk datang kesini.

Jarak
56 km dari Kuala Terengganu

120 km dari Kota Bahru
145 km dari Kuantan
16 km dari Kuala Berang


Penginapan

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542


Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt.23,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Laman Web: http://www.anggerikimpian.com
Emel: anggerik.impian@yahoo.com


Agensi Pelancongan

First World Naturally Sdn. Bhd.
Lot G 276, Bangunan MDHT,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6811699

Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 010-9846012, 010-9841165, 09-6811641

Lake Land Resort Sdn. Bhd.
Sungai Terengganu, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 03-62732213

Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6816469, 010-9000034, 013-9092932

Y & Z Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot 9328, Tingkat Atas, Sungai Petai,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 016-9338613, 013-9868749


Pengangkutan

1. Bas Online



3. Teksi
Perhentian Kereta Sewa/Teksi Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6813049


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744


Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Tempat  untuk menerokai dan menghayati keindahan  khazanah alam semulajadi.

Isnin, 28 Jun 2010

Memorial Batu Bersurat

Memorial Batu Bersurat terletak di Kampung Buluh, Kuala Berang, Hulu Terengganu iaitu 55 km dari pusat bandaraya. Untuk sampai ke sini tidaklah susah sangat kerana papan tanda sentiasa ada disepanjang jalan.
Memorial ini dibina pada tahun 1990 dan dirasmi oleh YAB Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad, Menteri Besar Terengganu. Pembinaan memorial dibina dengan tujuan untuk memperingati penemuan Batu Bersurat pada tahun 1882. Memorial dibina berdekatan dengan tempat berjumpa Batu Bersurat yang sebenar.
Penemuan ini menunjukkan agama Islam berkembang di Terengganu dan menjadi agama rasmi negeri. Tulisan yang terdapat Batu Bersurat bertarikh 1303 masehi menunjukan Islam sudah tersebar lebih awal di Terengganu dan menjadi tulisan tertua yang pernah di jumpai.

Batu ini mempunyai 4 muka dan menerangkan bahawa Islam adalah agama rasmi Terengganu. Selain itu terdapat catatan yang menerangkan hukum-hukum Islam mengenai maksiat dan kemungkaran. Pada mulanya Batu ini disimpan di Istana Terengganu dan dipindah ke Muzium Singapura, pindah ke Muzium Negara dan berakhir di Muzium Terengganu.

Disebelah seberang sungai memorial ini, tempat terjumpai batu bersurat. Sebagai tanda, Muzium Terengganu membina batu tanda sebagai tanda peringatan. Batu ini terletak ditebing Sungai Tara dan didalam kebun penduduk kampung.

INFO UNTUK KE SINI

Kepunyaan
Lembaga Muzium Terengganu - 09 622 1444


Lokasi
Memorial ini terletak di Kampung Buluh  Hulu  Terengganu . Untuk sampai ke sini, anda perlu melalui bandar Kuala  Berang dan  mereka yang menaiki bas perlu turun di Kuala Berang dan mengambil teksi untuk datang kesini.

Jarak
50 km dari Kuala Terengganu

115 km dari Kota Bahru
150 km dari Kuantan
3  km dari Kuala Berang


Penginapan

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542


Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt.23,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Laman Web: http://www.anggerikimpian.com
Emel: anggerik.impian@yahoo.com


Agensi Pelancongan

First World Naturally Sdn. Bhd.
Lot G 276, Bangunan MDHT,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6811699

Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 010-9846012, 010-9841165, 09-6811641

Lake Land Resort Sdn. Bhd.
Sungai Terengganu, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 03-62732213

Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6816469, 010-9000034, 013-9092932

Y & Z Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot 9328, Tingkat Atas, Sungai Petai,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 016-9338613, 013-9868749


Pengangkutan

1. Bas Online


3. Teksi
Perhentian Kereta Sewa/Teksi Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6813049


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744


Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Batu bersurat yang paling lama dan tertua.

Ahad, 27 Jun 2010

Manisnya Jagung Kuala Berang

Jagung Kuala Berang memang popular dan digemari oleh pelancong. Jika datang ke Kuala Berang tidak membeli jagung maka dianggap tidak berbaloi. Gerai menjual jagung dan buah-buahan terletak dekat dengan Kampung Gaung selepas Jambatan dan simpang ke Sungai Tong.
Jagung Kuala Berang memang manis dan mendapat sambutan yang tinggi. Harga dijual ialah RM10 untuk sepuluh biji.
Kacang tanah dijual pada harga RM2 kg. Kacang ini direbus memang sedap dimakan panas-panas.
Selain daripada itu, pelbagai buah-buahan di jual di gerai ini. Di antara buah-buahan ialah pisang emas, buah salak, mempelam dan rambutan. Makanan ringan seperti kerepok, apit-apit dan lain-lain ada terdapat disini.

Sabtu, 26 Jun 2010

Cantiknya Orkid

Taman orkid di Taman Pertanian Sekayu menjadi salah satu daya tarikan untuk pengemar bunga orkid. Pelbagai jenis orkid ditanam di taman ini untuk tatapan orang ramai.
Ada berwarna kuning, ungu, merah dan bermacam warna ada di taman ini. Semua orkid di sini memang cantik sehingga kita terasa hendak membawa balik orkid tersebut.
Datang sendiri melihat keunikan bunga orkid dengan pelbagai spesis yang jarang kita tengok. Yang pasti warna orkid memang cantik.

Taman ini dibawah kendalian Jabatan Pertanian Negeri Terengganu 09 6222 444.

Jumaat, 25 Jun 2010

Memancing Di Tasik Kenyir

Kolam memancing berkonsep rekreasi terdapat di Sungai Lawet, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Terletak 2 km dari Pengkalan Gawi dan 50 km dari Kuala Terengganu. Kolam ikan yang seluas 100 ka x 200 ka menunggu kaki pancing untuk mengail ikan air tawar.
Kolam ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi - 6 petang. Di kolam ini terdapat pelbagai spesis ikan air tawar seperti kakap, lampan, talipia dan sebagainya. Hanya menggunakan umpan yang sesuai anda boleh mendapat ikan yang seberat lebih daripada 3 kg.
Di kolam ini juga terdapat spesis burung yang mencari makan di tepi kolam. Itik dan angsa merupakan penghuni tetap di kolam ini. Anda boleh bergambar dengannya untuk buat kenangan. Kolam ini di bawah pengurusan KETENGAH.

Untuk mendapat gambaran yang lengkap, sila hubungi KETENGAH 09 822 3181 atau Pengkalan Gawi 09 666 8498.

Bawa keluarga anda untuk mengail sambil bersantai.

Khamis, 24 Jun 2010

Hebatnya Taman Pertanian Sekayu.

Taman Pertanian Sekayu memang hebat bukan saja ada kolam ala taman tema air, burung unta atau dusun buah-buahan tapi mempunyai air terjun yang unik. Unik kerana air terjun jenis rendah dan sesuaii untuk mandi.
Kawasan untuk lepak mudah didapati kerana tebing tidak begitu tinggi dan amat mudah untuk hamparkan tikar. Pilihlah tempat yang sesuai untuk anda samada ditepi batu atau di bawah pokok. Semuanya redup.
Apa lagi cari kayu, ranting dan daun kering yang mudah didapati untuk dijadikan bahan bakar. Anda boleh buat barbeque dengan membawa daging ayam atau ikan untuk disalai. Selepas itu boleh makan ramai-ramai. Berebut-rebut !
Anda boleh pilih tempat mandi yang anda gemari samada di bawah air terjun atau  di tepi air yang mengalir di celah batu. Semuanya best..
Untuk sampai ke sini hanya memerlukan satu jam perjalanan dari Kuala Terengganu. Tempat yang anda tuju ialah Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Hulu Terengganu.

Rasalah kehebatan air terjun Taman Pertanian Sekayu.

INFO UNTUK KE SINI

Kepunyaan
Jabatan Pertanian Terengganu - 09 622 444

Lokasi
Air Terjun Sekayu  terletak di Hutan Simpan Hulu  Terengganu . Untuk sampai ke sini, anda perlu melalui persimpangan lampu berisyarat dan  mereka yang menaiki bas perlu turun di Kuala Berang dan mengambil teksi untuk datang kesini.

Jarak
56 km dari Kuala Terengganu

120 km dari Kota Bahru
145 km dari Kuantan
16 km dari Kuala Berang


Penginapan

Tropical Resort
Jalan Chalet MBHT,
Kawasan Pelancongan Sekayu,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-8730541
Faks: 09-8730542


Rumah Tumpangan Orkid
Lot 9269, Jalan Pusara,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 013-9267711, 09-6818280

Anggerik Impian,
Lot 6437, Bt.23,
21700 Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 013-9308081, 019-9399603
Laman Web: http://www.anggerikimpian.com
Emel: anggerik.impian@yahoo.com


Agensi Pelancongan

First World Naturally Sdn. Bhd.
Lot G 276, Bangunan MDHT,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-6811699

Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 010-9846012, 010-9841165, 09-6811641

Lake Land Resort Sdn. Bhd.
Sungai Terengganu, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 03-62732213

Ocean Naturally Holidays Sdn. Bhd.
(Kenyir Naturally Holidays Sdn. Bhd.)
48, Kampung Tengkawang,
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6816469, 010-9000034, 013-9092932

Y & Z Gemilang Travel & Tours Sdn. Bhd.
Lot 9328, Tingkat Atas, Sungai Petai,
21700 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 016-9338613, 013-9868749


Pengangkutan

1. Bas Online


3. Teksi
Perhentian Kereta Sewa/Teksi Kuala Berang
21700 Hulu Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6813049


Stesen Kereta Sewa Bandar Jerteh
22200 Besut, Terengganu
Tel: 09-6979840 Tel: 09-8481744


Perhentian Teksi/Kereta Sewa
Jalan Masjid Abidin
(Depan Pustaka Intan, Stesen Bas MBKT)
20100 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6242694


Persatuan Pemandu-pemandu Teksi/Kereta Sewa
Lapangan Terbang Sultan Mahmud,

21300 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 09-6664067


Keistimewaan
Mempunyai sungai yang cantik, air terjun, kolam mandi yang besar, taman buah-buahan, taman orkid, taman haiwan dan lain-lain.

Rabu, 23 Jun 2010

Lake Land Resort terletak di Lata Terap, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Untuk sampai disini, anda boleh memandu kereta pada jarak 70 km ( 1 jam) dari Kuala Terengganu dan 22 km dari Kuala Berang.
Mempunyai 20 buah chalet gaya kampung yang sedang menunggu pelancong untuk menginap disini. Mempunyai kemudahan bilik air, air paip dari gunung, elektrik menggunakan generator dan sebagainya.

Selain daripada itu rumah terapung disediakan untuk pelancong yang ingin suasana berlainan dengan bunyi aliran air. Mempunyai 10 katil bertingkat dapat memuat 20 orang. Pakej yang disediakan untuk menginap samada di chalet atau rumah rakit ialah berdasar harga pakej iaitu
2 hari 1 malam RM300, 3 hari 2 malam RM400, 4 hari 3 malam RM480. Pakej ini termasuk penginapan, makan, memancing, mandi di air terjun dan menjelajahi tasik. Anda juga boleh menyewa rumah bot dengan harga RM1,000 satu malam ( minima 2 malam).
Jika anda ingin merasa alam semula jadi yang belum terusik, anda boleh menginap di Lake Land Resort dengan menghubungi Abu 019 995 0720 atau Nor 014 845 1763. http://lakelandresort.bravehost.com

Yang Pasti Anda Merasa Hebat Bila Anda Bermalam Jauh Kebisingan Kota.

Selasa, 22 Jun 2010

Burung Unta Yang Jinak

Taman Pertanian Negeri, Sekayu, Hulu Terengganu bukan saja terdapat dusun buah-buah tetapi terdapat burung unta yang tinggi lampai. Ketinggian burung boleh mencecah 8 kaki melebihi ketinggian manusia.
Terdapat 5 ekor burung unta yang terdapat dalam kandang dan boleh dilihat dari jarak dekat. Burung ini tidak mampu terbang walapun mempunyai sayap.
Burung ini mampu memecut sehingga 65 km sejam. Memiliki leher yang panjang mampu mengambil buah di pokok yang rendang.
Datang ke taman ini bersama keluarga untuk melihat sendiri dan sudah tentu anak-anak anda gembira melihat haiwan jarang di tengok.

Jangan lupa bawa kamera untuk abadikan kenangan manis ini.

Isnin, 21 Jun 2010

Belukar Bukit Antara Sungai Dengan Air Terjun

Belukar Bukit yang terletak di Hulu Terengganu merupa tempat mandi yang popular di Terengganu. Jarak dari Kuala Berang ialah 20 km sahaja dan dari Kuala Terengganu ialah 55 km. Untuk sampai ke sini anda boleh melalui jalan Ajil dan masuk ke simpang Bukit Diman atau melalui Lubuk Periuk atau melalui jalan ke Sekayu.

Kemudahan yang disediakan ialah wakaf, tandas, parkir,gerai dan surau.
Anda boleh memilih untuk mandi di sungai atau air terjun. Jika anda memilih sungai, anda boleh hamparkan tikar di atas pasir. Di kawasan air terjun, anda boleh pilih kawasan lapang di tepi batu atau di celah batu untuk berehat.

Air yang keluar dari celah batu memang sejuk.. Cuaca yang panas memang seronok berendam dalam air. Cukup melegakan. Air yang jernih cukup untuk menarik kita untuk berendam didalamnya.
Di bawah pokok rendang, kita boleh melihat pemandangan yang indah disekeliling. Sungai yang memanjang dengan pasir sungai yang kekuningan menambahkan lagi keindahan semulajadi Belukar Bukit.


Datanglah dengan keluarga untuk melihat kehebatan air terjun Belukar Bukit.

Ahad, 20 Jun 2010

Menginap Di Tepi Tasik Terbesar Di Asia Tenggara

Lake Kenyir Resort & Spa terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu merupakan sebuah resort yang berlatarbelakang hutan Hujan Tropika dan tasik. Anda perlu melalui Pengkalan Gawi untuk sampai ke resort ini.
Apabila anda sampai ke resort ini, anda akan dibawa dengan kenderaan khas ke lobby hotel. Selepas check in anda dibawa pula ke bilik yang terletak di tepi tasik.
Resort ini mempunyai135 buah chalet dengan rekabentuk senibina tradisional Melayu. Kadar sewa antara RM288 - RM1047 untuk satu semalam berdasar jenis bilik. Dalam bilik ini disediakan kemudahan membuat kopi/teh, telepon IDD, mini bar dan sebagainya.
Kedudukan resort yang mengadap tasik cukup menawan baik di waktu pagi atau di waktu senja. Kolam mandi juga mengadap ke tasik memberi pemandangan yang luas dengan pulau-pulau kecil. Ruang minum ditepi kolam juga sesuai aktiviti santai.
Resort ini juga menyediakan pakej untuk berkelah di air terjun Saok dan Lasir, melawat Gua Bewah dan Taat, Taman Negara, Pulau Herba dan sebagainya.

Untuk keterangan lanjut & membuat tempahan sila hubungi 09 666 8888, 03 2052 7766. http://www.lakekenyir.com/